Betul ke tiada lagi ‘full loan’ bila beli kereta?

Oleh NADIA HARON

Akbar Sinar Harian melaporkan bahawa, mulai Ogos, tiada lagi skim pinjaman penuh untuk membeli kereta.

Ini bermakna ia akan menjadi satu kesalahan jika pembeli atau penjual melakukan transaksi secara ‘full loan’ setelah peraturan ini dikuatkuasakan.

Laporan yang sama menyebut bahawa setiap pembeli kereta yang ingin membeli melalui skim pinjaman atau ansuran perlu membayar wang pendahuluan

Wang pendahuluan atau deposit itu sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah keseluruhan pinjaman.

Selanjutnya, laman Paul Tan melaporkan bahawa LHDN akan memperkenalkan e-invois.

Betul ke tiada lagi 'full loan' bila beli kereta?

Ini juga akan mempengaruhi pembeli dan penjual kereta, kerana ia akan menunjukkan transaksi antara pembeli dan penjual secara digital dengan format yang boleh dibaca oleh mesin.

Langkah untuk menghapuskan pinjaman penuh ini diambil sebagai usaha untuk mengatasi masalah penjual kereta yang tidak telus dalam penetapan harga.

Mereka sering meletakkan ‘mark up’ harga lebih tinggi daripada sepatutnya ketika menghantar permohonan pinjaman kepada bank.

Antara cara pembeli menambah amaun harga adalah dengan memasukkan pakej aksesori tambahan, filem penapis sinaran matahari, kamera papan pemuka, dan lain-lain.

Sebagai contoh, Paul Tan memberikan senario di mana sebuah kereta berharga RM36,000 kini menjadi RM45,000 kerana penjual berusaha memaksimumkan harga berdasarkan nilai pinjaman yang layak diterima oleh pembeli.

Selepas ini, setiap penjual kenderaan perlu menghantar e-invois kepada kerajaan. Sistem ini dianggap boleh mengekang masalah ‘mark up’ harga yang melampau. Semua proses perlu melalui LHDN, dan angka yang dinyatakan dalam e-invois mesti sama dengan jumlah sebenar.

BACA: Bengang dikata kehidupan sama macam ibu tunggal, Shakilla Khoriri ‘sekolahkan’ netizen