‘Saya ada ayah tapi ‘tak ada’. Jadi jangan tanya mana ayah saya, siapa ayah saya’ -Zara Zya

Oleh NADIA HARON

“Dengan ayah saya? Sudah berapa banyak akaun palsu dia yang saya sekat,”

Pelakon Zara Zya, nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd. Zainuddin, mengakui bahawa

hubungan antara dia dengan bapanya tidak baik.

“Dengan ayah saya? Sudah berapa banyak akaun palsu dia yang saya sekat,

” ungkap Zara Zya dalam perkongsian di Thread, mendedahkan bahawa bapanya sering melemparkan hinaan dan cacian kepadanya.

'Saya ada ayah tapi 'tak ada'. Jadi jangan tanya mana ayah saya, siapa ayah saya' -Zara Zya

“Saya ada ayah tapi ‘tak ada’. Jadi jangan tanya mana ayah saya, siapa ayah saya,” tambahnya lagi.

Zara juga menyatakan bahawa dia telah mengumpul bukti-bukti untuk kegunaan akan datang.

Selain itu, Zara menceritakan bahawa hubungannya dengan rakan-rakan juga tidak seerat dahulu dan masing-masing mula menjauh.

“Orang tak suka berkawan dengan saya sebab saya membosankan. Jangan tanya mana kawan-kawan saya. Semua pun sudah ada haluan sendiri. Makin menyepi,” jelasnya.

Zara turut mendedahkan bahawa dia sedang berjuang dengan penyakit ‘misteri’ dan masalah kesihatan yang memerlukan rawatan hospital.

“Saya ada anxiety, saya ambivert, bisnes semua tak menjadi. Saya juga nak berkahwin tetapi masih belum sampai waktunya,” katanya.

Dalam masa yang sama, Zara meminta doa dari orang ramai untuk kesihatan yang berpanjangan dan dipermudahkan dalam menghadapi ujian kehidupan.

BACA: “Kalaulah bini aku tu, talak 3 aku bagi, sibuk nak shopping sampai anak pun tak jaga”