‘Emosi perlu jaga, sebak perlu ditahan’ Pembaca berita RTM seksa tahan sebak baca kes kematian rakan sendiri

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Seorang pembaca berita dari Radio Televisyen Malaysia (RTM), Anas Muhammad Farihin, 25 tahun, mengungkapkan rasa sedihnya

ketika ditugaskan untuk membaca laporan tentang kematian sahabatnya, Nur Farah Kartini Abdullah, 25 tahun.

Melalui hantaran di TikTok, Anas berkata bahawa ini adalah kali pertama dia merasakan cabaran yang besar

dalam profesionalismenya ketika menyampaikan berita tersebut.

“Waktu ini emosi perlu dijaga, ekspresi perlu dikawal, sebak di dada perlu ditahan.

'Emosi perlu jaga, sebak perlu ditahan' Pembaca berita RTM seksa tahan sebak baca kes kematian rakan s'Emosi perlu jaga, sebak perlu ditahan' Pembaca berita RTM seksa tahan sebak baca kes kematian rakan sendiriendiri

“Faa (Nur Farah Kartini) ini baik orangnya, santun budi pekertinya, wajahnya tak lekang dengan senyuman dan kerjayanya serta dedikasinya sentiasa diutamakan.

“Semoga Faa ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al Fatihah,” katanya.

Di samping itu, tinjauan di media sosial menunjukkan beberapa rakan mangsa turut berkongsi perasaan sedih mereka sambil berharap agar pelaku dikenakan hukuman yang setimpal.

@thenoshlerr إنا لله وإنا اليه راجعون Ini kali pertama aku menyampaikan berita dimana taha professionalku betul2 tercabar. Waktu ni emosi ini perlu dijaga, ekspresi ini perlu dikawal, sebak didada perlu ditahan. Faa ini baik orangnya, santun budi pekertinya, wajahnya tak lekang dengan senyuman dan kerjanya dan dedikasinya sentiasa diutamakan. Semoga Faa ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al Fatihah #justiceforfa #upsi ♬ original sound – AnasFarihin

Nur Farah Kartini yang hilang sejak 10 Julai lalu, selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan, ditemui mati dan dipercayai dibunuh oleh individu yang dikenalinya.

Polis menerima laporan kehilangan Nur Farah Kartini, seorang bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dari Miri, Sarawak pada 1.56 pagi, 10 Julai lalu.

BACA: Rupanya macam ini cara pempengaruh kaya dengan hasil kutipan derma, patutlah kaya