Assalamualaikum admin dan semua pembaca. Di sini aku nak kenalkan diri aku sebagai Sya (Bukan Nama sebenar), umur aku 30 tahun dan dah berkahwin.
Di sini aku nak meluahkan rasa tertekan dengan keadaan rumahtangga aku yang tiap hari ada sahaja yang nak dig4duhkan. Semua ini berpunca dari beIah suami, keluarga mertua akulah!
Hubungan aku dan keluarga beIah suami sebenarnya, alhamdulillah baik – baik sahaja.
Cuma mereka seperti tidak suka membiarkan kami berdua enjoy masa berdua sebelum mempunyai anak.
Biasalah pasangan baru kahwin, masa ni lah nak ada masa berdua, berkepit sebelum ada anak. Nanti dah anak memang susah dah nak ada masa berdua.
Bayangkan selepas sahaja kami melangsungkan perkahwinan, esoknya terus lunch bersama keluarga mertua. Begitu juga selepas honeymoon terus bersama keluarga mertua. Check in hotel bersama dan sebagainya.
Korang bayangkan, masa sampai hotel masing – masing dah tidur lewat. Nak rehat lah dulu selepas subuh. Ni tak terus kena call breakfast. Terasa kena control lah jugak.
Bayangkan baru je kahwin terus takde masa berdua dengan suami. Selepas tu pergi road trip pulak sama keluarga mertua. Rasa macam takde masa untuk berdua dengan suami. Di sini mulalah rasa nak g4duh tu. Aku tak tahulah kalau pasangan lain kalau masa honeymoon bawak keluarga mertua.
Aku ok je kalau nak road trip segala dengan keluarga mertua tapi tolonglah kami baru jer kahwin biar lah kami rasa puas untuk berdua. Takkan lah depan dorang, aku nak mesra – mesra dengan suami. Nak pegang tangan lebih sikit pun aku dah segan depan dorang.
Semasa Raya lain lagi ceritanye, masa tu hari raya pertama aku raya dekat rumah keluarga aku dulu sebab beIah keluarga aku sikit je saud4ra mara untuk dikunjungi. Tapi terus mak mertua text suami bahawa kami buat keputusan yang salah sebab banyak orang tertunggu – tunggu kami berdua, kononnya sebab kamikan pasangan baru kahwin, ramai lah kaum kerabat nak tengok orang baru.
Raya seterusnya kami lebih banyak beraya dengan keluarga mertua daripada keluarga aku. Masa raya tu aku Rasa macam tertekan sangat. Terlalu letih sebab banyak sangat rumah nak dikunjungi beIah keluarga suami. Satu lagi masatu aku dan suami dah book untuk photosh00t Raya sebab itukan rata pertama kami sebagai suami isteri tetapi plan h4ncur sebab bergegas beraya dengan keluarga mertua.
Bukan tu jer, semasa hari lahir aku, aku dan suami plan nak sambut birthday tu di luar negeri yang hampir. 2 hari jer tapi lepas balik dari belayar terus check in dengan keluarga mertua. Korang bayangkan lah, letih lepas belayar lagi belum habis terus nak check in dengan keluarga mertua.
Esoknya lagi aku kena habiskan kerja Assignment aku sebab dateline tak lama. Kalau tak siap gagal tak graduate lah aku. Tu cita – cita aku dan impian arw4h ibu aku tu, nak aku dapat ijazah. Bayangkan tertekan aku macam mana waktu tu.
Setiap kali ada cuti, public holiday mesti aku habiskan cuti tu dengan keluarga mertua, str3ss lah. Aku pun mahu jugak berdua dengan suami. Masa esoknya public holiday, keluarga mertua plan last minute nak bawak makan dinner.
Dah lah siang tu aku penat sangat, perut s4kit sangat malam tu. Aku bincang baik – baik dengan suami untuk tak join sekali tapi suami terus takde mood. Jadi, mahu tak mahu terp4ksalah aku ikut. Kan dah rosakkan mood kami laki bini sebab dah g4duh laki bini sebab tu.
Aku letihlah camni, aku kena hadap banyak lagi majlis beIah suami lepas ni. Aku hanya nak masa bersama suami je sebab kalau hari bekerja kami terlalu sibuk dengan kerja dan kerja part time. Aku tertekan sangat sebab terlalu letih.
Bukan suami tak mampu untuk beri semua yang aku nak sampai aku kena buat dua kerja sekali, cuma aku jenis kalau aku nakkan sesuatu, aku akan usaha untuk dapatkan sendiri. Tahun ni aku dah plan nak pergi luar negara dengan suami, alhamdulillah kami berdua je, tu pun dah cukup aku rasa lega.
Tapi apa yang akan terjadi tahun akan datang? Bersama keluarga mertua? Aku bukan tak nak biasakan diri dengan mereka, cuma kadang – kadang rasa terkilan dengan mertua yang pilih kasih. Untuk pergi bercuti di luar negara tu bukan mudah, banyak yang kena plan dari awal.
Jadi, aku tak nak rosakkan spoil holiday aku sebab kalau pergi ramai – ramai ni macam – macam ragam nak kena hadap. Lagi aku tak suka kena control bila pergi holiday, nak kena ikut arahan telunjuk orang. Ini bukan lawatan sambil belajar zaman sekolah.
Aku betul – betul rasa tertekan waktu ni kalau fikirkan hal ini. Aku sedih, kadang – kadang rasa tak happy. Aku hanya nak rasa hidup berdua dengan suami di dalam rumahtangga ni. Sampai kadang – kadang aku rasa rindu dengan zaman bujang Aku. Rindu arw4h mak.
BACA: ‘Saya ada ayah tapi ‘tak ada’. Jadi jangan tanya mana ayah saya, siapa ayah saya’ -Zara Zya