Tun M persoal subsidi air mentah kepada Singapura, ini respon TPM

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Kerajaan sedang meninjau semula segala perjanjian berkaitan isu penjualan air mentah kepada Singapura

pada kadar 3 sen (SGD0.01) bagi setiap 1,000 gelen sejak tahun 1962, menurut Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof.

Menurut laporan Berita Harian, beliau menyatakan bahawa perkara ini berlaku semasa pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kita perlu kaji semula semua perjanjian yang sedia ada, sama ada kita perlu berikan subsidi atau tidak,”

katanya selepas merasmikan Water Malaysia Specialised Conference and Exhibition 2024, semalam.

Tun M persoal subsidi air mentah kepada Singapura, ini respon TPM

Beliau memberi ulasan berhubung kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad pada Jumaat lalu mengenai Malaysia memberi ‘subsidi’

kepada Singapura sejak 61 tahun lalu dengan menjual air mentah sebanyak 250 juta gelen sehari pada kadar hanya 3 sen (SGD 0.01) sahaja bagi setiap 1,000 gelen sejak tahun 1962.

Perjanjian Air Sungai Johor 1962 memberikan Singapura 250 juta gelen air mentah sehari pada harga 3 sen bagi setiap 1,000 gelen, manakala Malaysia membeli semula air yang dirawat pada harga 50 sen setiap 1,000 gelen, perjanjian ini akan tamat pada 2061.

BACA: “Ngam lepas kami langsungkan perkahwinan, terus aku rasa kehidupan macam kena control dengan mertua”