Terbongkar misteri 6 tetamu hotel meninggal , polis temui ‘bahan mencurigakan’ dalam gelas

Oleh ZULAIKHA ABBAS

Polis sedang menyiasat kematian enam warga asing yang mayat mereka ditemui di sebuah bilik hotel mewah di Bangkok semalam.

Pihak berkuasa mengesyaki bahawa mereka mungkin diracun, lapor saluran berita CNA.

Polis juga sedang mencari seorang individu ketujuh yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian itu.

Keenam-enam mangsa yang berketurunan Vietnam, dengan dua daripadanya membawa pasport Amerika Syarikat,

Mereka mendaftar masuk ke hotel Grand Hyatt Erawan di Bangkok pada dua waktu berasingan, kata pegawai polis, Thiti Saengsawang.

Terbongkar misteri 6 tetamu hotel meninggal , polis temui ‘bahan mencurigakan’ dalam gelas

Tambahnya, mereka tiba di hotel tersebut pada hari Sabtu dan Ahad.

Menurut Thiti, kumpulan tersebut terdiri daripada tiga lelaki dan tiga wanita yang mendaftar masuk ke bilik berbeza. Namun, mayat mereka ditemui di dalam satu bilik tanpa sebarang tanda pergelutan.

“Ini bukan kes mencederakan diri sendiri, tetapi seseorang telah menyebabkan kematian mereka. Kami sedang mengesan setiap jejak mereka sejak mereka turun dari pesawat,” kata Thiti.

Pemeriksaan awal mendapati tiada bukti kecederaan berkaitan pergaduhan atau kecurian, tetapi polis percaya mangsa-mangsa termakan bahan toksik.

Pegawai-pegawai polis menemui mayat keenam-enam mangsa selepas menerima panggilan daripada kakitangan hotel sekitar pukul 5.30 petang (waktu tempatan), yang melaporkan terdapat kematian.

BACA: SPM pun tak ambil lagi, pelajar tingkatan 5 dapat tawaran kerja gaji RM14000!