Pempengaruh yang dikenali sebagai Ustaz Tido telah memohon maaf secara terbuka kepada orang ramai selepas dikritik dan dituduh tidak mempunyai tauliah untuk mengajar agama.
Beliau mengakui bahawa beliau tidak mempunyai tauliah yang diperlukan dan berjanji untuk berusaha mendapatkan sijil mengikut prosedur yang betul.
“Saya mengaku bahawa saya tidak mempunyai tauliah. Saya hanya belajar di sekolah agama biasa.
Saya tidak layak disebut sebagai ustaz kerana tidak memiliki tauliah dan tidak memiliki pendidikan agama yang tinggi,” katanya.
“Insya-Allah, saya akan berusaha untuk mendapatkan tauliah mengajar al-Quran.”
Ustaz Tido menyampaikan pengakuan ini melalui hantaran di akaun TikTok miliknya. Selain itu, beliau juga mengumumkan bahawa beliau akan menukar nama akaunnya kepada ‘Bro Tido’.
“Jadi saya akan menukar nama panggilan dari Ustaz Tido kepada Bro Tido. Namun, saya tetap akan meneruskan pengajaran Quran dan dakwah kepada pengikut-pengikut saya,” katanya.
Dalam masa yang sama, Ustaz Tido menjelaskan makna ‘tido’ kepada pengikutnya sebagai singkatan untuk ‘T-taklim, I-iman, D-dakwah, dan O-orang’.
Sebelum ini, Ustaz Tido telah dikritik kerana meminta pengikutnya untuk membuka kamera semasa sesi pengajaran al-Quran secara langsung,
dengan alasan ingin melihat pergerakan bibir pengikut semasa membaca. Selain itu, aksi menari beliau sebelum memulakan sesi pengajaran juga mendapat kritikan daripada sebahagian netizen.
BACA: Ahli parlimen Machang bakal digantung 6 bulan, ini kes berat yang dia buat