“Mertua syok dilayan, tiap kali balik kampung, diminta bawa berjalan, tapi aku tak lupa cara mereka layan aku”

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Aku wanita bekerjaya berumur 30-an, sudah berkahwin dan suami yang umur sebaya. Suami kerja kerajaan tingkat gaji 48 dan aku kerja swasta,

gaji aku 3 kali ganda lebih dari gaji suami. Kami mempunyai 4 orang anak, beberapa buah rumah, kereta dan seorang pembantu di rumah.

Aku rasa memang dugaan isteri yang bekerja, ramai kawan – kawan aku dan confession dalam page ni akui

kami tidak dinafkahi secukupnya dengan alasan kami ada duit sendiri, lebih – lebih lagi kalau gaji isteri lagi banyak dari gaji suami.

Nak lagi sedih, kami isteri ni la yang lagi banyak keluar belanja. Bayar loan rumah, kereta, cukai tanah, cukai pintu, bil elektrik, air, bayar untuk keperluan rumah,

"Mertua syok dilayan, tiap kali balik kampung, diminta bawa berjalan, tapi aku tak lupa cara mereka layan aku"

barang dapur, kelas – kelas tambahan anak – anak, duit belanja harian anak – anak ke sekolah, persiapan raya dan percutian.

Macam aku, untuk kesihatan mental dan untuk menjaga kew4rasan aku, pembantu rumah pun aku cari, bayar agent yang dekat 20k dan gaji dia 1.5k bulan – bulan pun aku bayar. Tugas pembantu adalah untuk, pastikan rumah, pakaian sentiasa bersih, anak – anak terjaga. Masak part aku, aku masak hari – hari tanpa gagal ye.

Tak tahu ke mana duit suami, aku tak pernah tanya pinjaman apa dia pernah buat, untuk apa loan. Dia pun susah nak apply loan baru walaupun dia kerja kerajaan. Maksudnya, komitmen dia tinggi tapi tak tahu kenapa sedangkan majoriti aku yang bayar sejak awal kahwin lagi.

Aku tak pernah tanya sebab aku malas nak berg4duh. Untuk pengetahuan semua, ni tr4uma masa kecil aku. Mak aku berkerja tapi sangat berkira dengan abah aku. Dia tak akan keluar duit langsung untuk rumah, anak – anak atau apa saja, bagi dia semua ni tanggungjawab suami.

Jadi di rumah mak abah aku dulu, pagi – pagi nak pergi sekolah dah berg4duh pasal bayar bil itu ini. Spoil mood aku sepanjang hari kat sekolah. Aku tak nak anak – anak aku ada suasana yang sama. Jadi, aku telan je la. Masa aku lahirkan anak ke-3, anak aku meninggaI, mak ayah mertua aku datang tinggal rumah aku berbulan – bulan, mungkin tujuan asal untuk bagi sokongan moral.

Aku memang bukan perempuan yang lembik, p4in tolerant aku tinggi. Lepas beranak, kebvmi anak, terus boleh berjalan, masak macam biasa. Sebab tu masa mertua di rumah aku, macam tak ada rasa simpati pada aku yang tengah berpantang tanpa baby, depr3ssed dan so down sebab anak meninggaI.

Mereka mengharap kami suami isteri layan mereka sepenuhnya tanpa bagi attention pada aku yang menangis siang malam. Yela bagi dia aku cuti 3 bulan free tak ada buat apa – apa. Jadinya, masa berpantang tu kami suami isteri sibuk melayan mereka tanpa properly healing.

Orang kata perempuan ni akan ingat macam mana kita dilayan semasa mengandung dan berpantang. Yes! Memang betul. Thats the turning point aku turn off dengan mertua aku. Lepas kejadian tu, aku tahu yang aku hanya menantu dan orang luar.

Sejak tu mertua pula dah rasa syok dilayan, setiap kali balik ke kampung, diminta bawa berjalan. Kebetulan masa tu anak kedua pun dah tadika. Mertua dah mula rasa yang kami dah boleh jaga mertua, dia bagi banyak hint yang aku buat buat tak faham.

Disebabkan aku dah turned off dan aku jenis ingat macam mana orang layan aku when i was at the lowest, aku mula jadi berkira dengan mertua dan aku dah kurang mesra, bagi hadiah semua tu memang kurang sangat dah.

Aku dah mula rasa tak best bila mertua dah suruh kerap balik kampung, meminta itu ini. Aku decided untuk pregnant lagi sebab bagi aku, cucu ni kelemahan mertua aku, sayang cucu kan. Itu cara aku nak zone out dan keep distance.

Lepas dapat baby, mertua dah jarang minta suruh balik, berjalan dan lain – lain. Mertua jadi sangat memahami bila kami tak boleh balik lama di kampung, jarang dapat balik sebab baby tak selesa cuaca panas. Mertua pun tak datang rumah aku sebab bilik dah penuh dengan ada pembantu lagi.

Tapi, aku rasa sebab niat jahat aku ni kot, lepas baby lahir, berusia 2 bulan, suami aku kantoi curang. Suami aku menangis – nangis minta maaf tapi aku susah sangat nak lupakan. Aku sangatlah tak tenang lepas kejadian tu dan aku rasa ini kifarah yang aku dapat.

Aku mula persoalkan semua benda terutamanya iman aku, goyang! Aku rasa aku dah berk0rban banyak dah untuk keluarga ni, masa, tenaga dan wang ringgit. Ini yang aku dapat sebagai baIasan? Aku belajar untuk berkira dengan perbelanjaan untuk ajar suami aku ni. Duit nafkah pun tak bagi, ada hati nak curang!

Aku plan untuk kurangkan pengeluaran duit aku, tapi aku tak kuat. Aku tak nak anak – anak aku rasa kekurangan dan suasana yang tak best kat rumah. Sekarang, i live with it, orang nampak aku sama je always bubbly, confident, composed and friendly. But deep inside i have this constant p4in yang aku anggap kifarah.

Aku tak tahu which part of life or decision that made me feel regret and made me feel how i am feeling now. Aku sedar aku tak boleh kawal semua benda dan perlu berlapang d4da. Aku solat taubat, tahajud, mengaji, belajar bersyukur semua tapi masih sedih. Doakan aku.. – Shima (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Fairuz Yasmin Ramli : Kesilapan awak adalah terlalu cuba menjadi sempurna untuk diri awak dan keluarga awak. Untuk siapa ya semua itu? Awak perIukan bantuan luaran seperti kaunselor atau doktor. Semoga dimudahkan urusan Aminnn YRA.

Hani Syazwani : Nafkah wajib seorang suami kepada isteri dan anak – anak, makan, pakaian, tempat tinggal, perubatan, pendidikan. Walau gaji lebih banyak macam mana pun isteri daripada suami, tolong make sure suami jalankan tanggungjawab dia sebagai ketua keluarga dulu.

Bila tak cukup baru isteri tambah. Bukan isteri bayar, suami tambah. Bukan berkira, tapi supaya suami ada rasa tanggungjawab dan isteri ada rasa hormat pada suami. Mungkin puan dah boleh start minta suami bayar 5 yang wajib tu.

Supaya suami sedar tanggungjawab dia dan sedar yang dia tak mampu untuk curang dan poligami. Semoga puan sentiasa kuat dan tabah selalu serta dimudahkan segala urusan.

BACA: Tak tahan dikecam netizen, akhirnya Ustaz Tido mengaku hanya lulusan sekolah agama biasa