Sah !! Ahli parlimen Machang digantung 6 bulan dari Dewan Rakyat

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal, digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan.

Dengan undian di dewan rakyat menerusi undi belah bahagi dengan undian Ahli Parlimen Yang Menyokong 110 tidak menyokong 63 tidak hadir 46 tidak mengndi 3

Penggantungan ini susulan dakwaan mengenai surat layang yang dikatakan mengandungi maklumat berkaitan dalang sebenar di sebalik pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Usul untuk mencadangkan penggantungan ini terkandung dalam Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) dan Usul-Usul bagi persidangan Dewan Rakyat pada Khamis.

Usul tersebut menyatakan bahawa Wan Ahmad Fayshal telah membawa perhatian kepada suatu surat layang yang tidak dapat dikenal pasti identiti pengadu dan kesahihan maklumatnya.

Perkara ini bukan sahaja memberi kesan buruk kepada individu yang didakwa tetapi juga kepada pegawai-pegawai agensi di bawah kementerian, yang mungkin teraniaya kerana tuduhan tidak berasas tersebut.

Sah !! Ahli parlimen Machang digantung 6 bulan, ini kes berat yang dia buat

Selain itu, ahli Parlimen tidak dibenarkan menyebut kelakuan atau sifat mana-mana pegawai kerajaan selain daripada urusan rasmi mereka. Dakwaan ini seolah-olah menjatuhkan martabat pegawai agensi di bawah kementerian yang membantu membangunkan Malaysia.

Sebelum ini, Wan Ahmad Fayshal telah menuntut penjelasan berhubung keputusan penjualan sebahagian saham MAHB sewaktu sesi perbahasan di Dewan Rakyat.

Susulan itu, beliau dikatakan menerima satu surat layang yang mendedahkan ‘dalang’ di sebalik keputusan berkenaan.

Beliau secara terbuka mendakwa individu terbabit adalah daripada kalangan pegawai atasan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

BACA: “Ayah selalu puji mak orang baik, tapi bila ayah meninggal, aku nekad cari mak, tapi mak halau aku, ayah tipu aku ke?”