Ada saman tertunggak? Jangan risau! Diskaun 50% selesai tunggakan saman sempena pelancaran bulan kebangsaan

Oleh NADIA HARON

Orang ramai berpeluang menikmati tawaran pengurangan kadar kompaun saman Polis Diraja Malaysia (PDRM)

sehingga 50 peratus sempena Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024, yang akan diadakan di Cyber Event Hall, Cyberjaya, Selangor pada Ahad ini.

Menurut hantaran di Facebook oleh Jabatan Penerangan, pembayaran kompaun hanya boleh dilakukan

Di tapak program bermula dari jam 9 pagi hingga 4.30 petang, tertakluk kepada terma dan syarat.

Selain itu, Jualan Kombo Agro MADANI oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Jualan Ehsan Rahmah MADANI juga akan berlangsung,

Ada saman tertunggak? Jangan risau! Diskaun 50% selesai tunggakan saman sempena pelancaran bulan kebangsaan

menawarkan pelbagai produk pada harga murah termasuk ayam, ikan, daging, telur, minyak masak botol 5 kilogram (kg), dan beras 5 kg.

Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024, yang bertemakan karnival rakyat, dijadualkan akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Majlis ini bertujuan untuk terus menyemarakkan semangat kenegaraan dan patriotisme.

Pelancaran ini juga menandakan permulaan kiraan detik menuju sambutan Hari Kebangsaan 2024 pada 31 Ogos di Putrajaya, dan sambutan Hari Malaysia 2024 pada 16 September di Sabah.

Maklumat lanjut mengenai Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2024 serta pelbagai program yang diadakan boleh didapati di laman sesawang www.merdeka360.my.

BACA: Netizen dakwa DBKL ‘backup’ kedai warga asing, sekali Menteri buka mulut buka cerita