Patutlah ada negara Islam terang-terangan iktiraf Israel ramai tak tahu

Oleh ZULAIKHA ABBAS

Di jazirah Arab pada hari ini, terdapat beberapa negara yang telah mengiktiraf kedaulatan negara Israel dan menjalin hubungan diplomatik dengannya.

Mesir dianggap sebagai contoh klasik, kerana negara ini telah menandatangani Perjanjian Damai dengan Israel pada tahun 1979.

Sama juga dengan Jordan, yang membuat Perjanjian Damai dengan Israel pada tahun 1994

Patutlah ada negara islam iktiraf Israel, rupa-rupanya..

Mesir dan Jordan, dua negara yang bersempadan dengan Palestin, telah terlibat dalam perang dengan Israel sejak dahulu.

Patutlah ada negara Islam terang-terangan iktiraf Israel ramai tak tahu

Namun, selepas pengalaman perang yang meletihkan, mereka memilih untuk menyelesaikan konflik melalui jalan diplomasi.

Antara negara-negara tersebut adalah:

1.Mesir
2.Jordan
3.Emiriah Arab Bersatu (UAE)
4.Moroko
5.Bahrain
6.Sudan

Pada tahun 2020, empat lagi negara Islam, iaitu UAE, Bahrain, Sudan, dan Moroko, mengikuti langkah untuk mengiktiraf Israel. Terdapat beberapa sebab mengapa negara-negara Islam ini menyokong Israel:

1. Bahrain:

Bahrain merupakan negara Sunni Orthodox yang bimbang terhadap ancaman dari Iran (Syiah).
Perlindungan Amerika dianggap penting, dan satu cara untuk mendapatkannya adalah dengan mengiktiraf Israel.
2. Moroko:

Moroko mempunyai perselisihan mengenai wilayah Sahara Barat yang tidak diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Dengan mengiktiraf Israel, Moroko berharap untuk mendapat sokongan Amerika dalam tuntutan mereka terhadap wilayah Sahara Barat.
3. Sudan:

Sudan dianggap sebagai ‘member baik’ Iran, tetapi tidak menyertai pertikaian antara Saudi dan UAE melawan Houthi di Yaman.
Amerika menawarkan insentif seperti penghapusan Sudan dari senarai negara penyokong keganasan dan bantuan dalam perdagangan global.
4. UAE:

UAE memerlukan kekuatan teknologi dan ketenteraan, dan mengiktiraf Israel memberikan akses kepada teknologi dan senjata canggih Amerika.

Kerjasama ekonomi dan projek-projek mega juga menjadi faktor penting dalam hubungan UAE-Israel.

Walaupun negara-negara ini berdekatan dengan Palestin, faktor geopolitik, ekonomi, ketenteraan, dan hubungan kuasa besar menjadi keutamaan.

Pengiktirafan Israel dianggap sebagai satu langkah strategik untuk memperoleh manfaat dan perlindungan dari kuasa besar seperti Amerika.

Ini mencerminkan betapa kompleksnya isu di Timur Tengah, dengan kepentingan nasional dan geopolitik menjadi penentu utama dalam membuat keputusan politik

BACA: “Menyesal saya pelawa anak menantu duduk dengan saya, orang lain pun nikah juga tapi tidaklah berlagak diva, makan dalam bilik”