Perancis larang atlet wanita pakai tudung dalam sukan Olimpik 2024

Oleh GEMILANGDAILY

Terkini, Perancis sebagai tuan rumah Sukan Olimpik 2024 telah mengumumkan bahawa

Mereka melarang atlet wanita negara itu memakai tudung ketika bertanding.

Larang Atlet Wanita Pakai Tudung

Perkara ini dimaklumkan oleh Menteri Sukan Perancis, Amelie Oudea-Castera, yang menyatakan bahawa

Tiada wakil atlet wanita dari negara mereka dibenarkan memakai hijab ketika beraksi dalam Sukan Olimpik.

Perancis larang atlet wanita pakai tudung dalam sukan Olimpik 2024

“Wakil delegasi kami dalam pasukan Perancis tidak akan memakai tudung.”

Hal ini telah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan ramai, malah salah satu NGO terkemuka, Amnesty International, mendakwa tindakan Perancis ini seolah-olah tidak menghormati wanita yang berpegang teguh kepada salah satu perkara wajib dalam agama Islam.

Tak Hirau Walaupun Dikecam

Walaupun telah menerima desakan untuk memansuhkan larangan tersebut, kerajaan tempatan tetap berpegang teguh kepada pendirian mereka.

Sekadar info, Perancis terkenal dengan isu Islamofobia di kalangan rakyat mereka, di mana mereka sering memandang rendah terhadap individu beragama Islam.

BACA: Netizen serang Emma dan Chacha Maembong lepas Ruhainies petik nama