Lagi kes orang hilang, pasangan suami isteri hilang bersama 6 anak, dah berapa hari tak balik

Oleh NADIA HARON

Susulan kejadian ini, pemilik rumah tersebut memutuskan untuk membuat pendedahan di media sosial dalam usaha menjejaki penyewanya.

Ramai beranggapan bahawa pelaburan dalam hartanah sewa adalah salah satu kaedah terbaik untuk mendapatkan pulangan positif dalam jangka masa tertentu

Namun, realitinya, banyak pelabur terpaksa menanggung kerugian besar apabila rumah mereka jatuh ke tangan penyewa yang tidak bertanggungjawab.

Ini adalah pengalaman yang dialami oleh pemilik sebuah rumah sewa di Sungai Petani, Kedah,

apabila penyewanya melarikan diri selepas empat bulan mendiami kediaman tersebut.

Lagi kes orang hilang, pasangan suami isteri hilang bersama 6 anak, dah berapa hari tak balik

“Saya sedang mencari orang hilang kerana penyewa saya tidak pulang ke rumah sewa selama beberapa hari. Khabar angin mengatakan mereka telah mendapatkan rumah baru yang lebih cantik dan ada penghawa dingin,” kata pemilik rumah tersebut dalam hantaran di Facebook.

Pemilik rumah, yang menyewakan kediaman tersebut pada kadar RM700 sebulan, memberitahu bahawa penyewa tersebut adalah pasangan suami isteri dengan enam orang anak. Beliau tidak menyangka rumahnya akan ditinggalkan dalam keadaan kotor, bersepah, dan berbau.

Selain itu, keluarga penyewa juga meninggalkan barang-barang peribadi mereka walaupun sudah berpindah ke kediaman baru.

“Saya telah meminta mereka untuk mengosongkan rumah pada 30 Jun lalu, namun saya bersimpati kerana mereka mempunyai ramai anak. Walaupun saya cuba meminta mereka keluar dengan baik, permintaan saya tidak diendahkan,” tambahnya yang pertama kali menyediakan perkhidmatan sewaan rumah.

Menurut pemilik rumah, tujuan hantaran tersebut adalah untuk meminta jasa baik penyewa terbabit membawa keluar barang-barang mereka dan membersihkan rumah sebelum 21 Julai ini, kerana semua mesej yang dihantar tidak mendapat balasan.

Beliau juga telah membuat laporan polis atas kerosakan rumah dan mengambil tindakan perundangan, setelah penyewa tidak menjelaskan bil utiliti dan membiarkan tunggakan selama empat bulan.

Di ruangan komen, beberapa individu berkongsi pengalaman serupa seolah-olah rumah mereka juga pernah disewa oleh keluarga yang sama.

“Rasa-rasanya penyewa ini adalah orang yang sama dengan penyewa rumah kami dulu… anak enam orang juga. Mereka tidak bayar sewa dan utiliti, rumah rosak teruk dan kotor, serta mereka membawa lori,” kata beberapa individu.

Dalam pada itu, warga maya meluahkan rasa simpati terhadap wanita ini kerana berhadapan dengan penyewa yang tidak bertanggungjawab hingga mengalami kerugian.

“Dapat tuan rumah yang baik, tapi penyewa buat hal pula. Kasihan anak-anak yang tidak diajar tentang kebersihan. Saya juga pernah berhadapan dengan penyewa yang teruk, sewa tidak bayar setengah tahun dan akhirnya meninggalkan rumah dalam keadaan buruk,” ujar beberapa warga maya.

Semoga urusan wanita ini dipermudahkan dan beliau dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi.

BACA: Dato Awang Bemee Awang Ali Basah di lantik Yang di-Pertua Dewan Negara ini biodata beliau