“Rumah sunyi sepi, aku harap ini semua mimpi, aku cakap dalam hati mak aku keluar kejap tapi bila aku cari mak aku hari-hari tak ada juga dalam bilik dia”

Oleh ZULAIKHA ABBAS

Salam sejahtera kepada semua yang sudi meluangkan masa membaca luahan hati aku. Maaflah aku tak pandai menulis

cuma aku harap message tak seberapa ni dapat dinilai baik netizen – netizen. Aku perempuan 30-an, belum berkahwin, kerja apa adanya.

Latar belakang keluarga pulak tak berapa nak cantik sebab dalam kamus hidup aku cuma ada mak dan adik – adik sahaja

walaupun ayah tu masih wujud. Ayah aku hanya dekat di mata tapi jauh sangat rasanya perasaan nak berkasih sayang antara kami sebab tak biasa, sebabnya dia pun ada keluarga lain yang yang dia pilih untuk sayang.

Long story short ayah dan mak berpisah masa aku dan adik – adik masih kecik. Jadi sepanjang proses pembesaran kami hanya ada emak

"Rumah sunyi sepi, aku harap ini semua mimpi, aku cakap dalam hati mak aku keluar kejap tapi bila aku cari mak aku hari-hari tak ada juga dalam bilik dia"

secara fizikal dan rohani. Hidup kami simple. Tak ada buat cara tak ada. Kalau ada, enjoy lah sikit – sikit sesama anak beranak.

Nasib mak aku baik sikit sebab kerja badan berkanun yang ada bonus tahunan. Dapat la tanggung aku dan adik – adik. M4kin lama m4kin senang sikit sebab aku dan adik dah habis belajar dan dah bekerja. Start bila aku kerja, selalu la belanja apa – apa yang dulu – dulu teringin tu. Happy je rasa.

Walaupun kerja aku teruk tapi bila fikir dengan duit gaji tu boleh happykan dia, aku pun happy. Mak aku bukan mata duitan sebab bila aku bagi dia akan simpan dalam satu akaun (ni pun adik aku yang bagitahu last – last).

Bulan berganti bulan, tahun berganti tahun rutin aku hanyalah ada agenda nak bawak mak makan mana, bawak mak jalan mana, mak nak apa. Aku bukan anak manja mak tapi setiap minggu atau dua minggu sekali aku akan balik rumah mak.

Nak kata tak boleh hidup sorang tak jugak sebab kalau hari bekerja aku rileks je boleh makan kat kedai sorang – sorang. Tengok wayang sorang pun pernah je. Bila aku balik rumah pun bukan buat apa, just sebab nak tengok mak.

Sampai satu masa mak aku bagi hint tanya aku nak kahwin bila. Aku cakap, tak fikir pun dan kalau aku ditakdirkan kahwin, aku dengan mak tak boleh selalu jalan – jalan dan makan – makan macam ni. Mak aku cakap pandai – pandai lah nanti dia isi masa lapang sendiri.

Masa pun berjalan, sampai mak pencen dan menikm4ti free time dia. Lagi macam – macam plan kami anak beranak. Aku cuba untuk tunaikan mana yang sesuai dengan masa dan keadaan aku sebab sayang mak kan cuba lah mana yang mampu. Tapi, Tuhan lagi sayang mak aku.

Mak aku meninggaI lepas batuk dan demam selama sebulan on/off. Doktor ingat infIuenza mula – mula tapi last dignosed severe pneum0nia. Banyak persoalan dalam kepala otak aku. Sebab aku utamakan mak aku dari perkahwinan ke Tuhan ambik mak aku cepat sangat?

Sebab treatment lambat ke? Sebab pergi macam – macam tempat ke jadi jangkitan kuman apa pun tak tahu? Dunia aku rasa kosong. Rumah sunyi sepi. Aku harap ni semua mimpi. Aku cakap dalam hati mak aku pergi keluar rumah kejap.

Tapi bila aku cari mak aku hari – hari tak ada jugak kat bilik dia, aku nangis tapi tak keluar air mata sebab ada adik aku kat rumah. Kalau adik aku nangis tak apa, aku pujuk la bagi kata – kata positif. Janji jangan aku menangis sudah kang aku nangis semua susah hati pulak.

Sekarang aku pujuk hati aku cakap mak aku pergi bercuti lama sikit. Doakan aku terima qada dan qadar ni dengan cepat. Aku tengah meredhai pemergian mak aku yang aku kira sangat drastik ni. Nasihat aku, yang ada mak ayah tu berbaktilah selagi boleh. Jangan menyesal dikemudian hari.

Kalau sekarang ni lepas habis baca post aku ni, call mak ayah tanya khabar. Yang ada depan mata tu peIuk civm lah selagi badannya panas bernyawa. Kita tak tahu bila sampai, masanya. Hanya Tuhan yang tahu betapa aku, Rindu mak… – C. Z25 (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Sharifa Ilias : Baca story adik.. akak teringat arw4h mak sendiri. Biar pun arw4h pergi kerana k4nser hati tapi terlalu cepat tempoh nak adapt. Bulan 2 masa raya cina jatuh s4kit.. 29hb march confirm k4nser. 1hb april operate buang 80% hati.. 28hb april Allah ambil.. tak sempat balik rumah pun.

Tahun yang sama bulan 6.. saya mengandung lepas 5 tahun tiada rezeki anak tanpa mak di sisi untuk berkongsikan berita gembira.. masakan.. gurauan.. semua dirindui.. hari – hari menabgis.. lagi – lagi mak memang stay dengan akak walaupun akak dah kawin.. Allah sayang mak kita..

Wanie Othman : I feel u… bezanya arw4h mak saya tak sempat pencen. Diae kena liver c4ncer. 8 bulan teman dia… Allah ambil.. Kadang – kadang tanya kenapa org lain sampai tua pun mak ayah ada lagi.

It takes me few years untuk terima. First year nangis almost everyday. Sekarang da ok sikit. Memang menyesal tak spend masa dengan arw4h dulu.. mmm

BACA: Baru tahu rupanya ini sebab kenapa pegawai lebih ramai daripada atlet ke Olimpik Paris