Ramai yang merasakan influencer tersebut sama seperti yang lain, iaitu menunggang agama untuk kepentingan peribadi.
Terbaru, bekas isteri seorang pempengaruh motivasi terkenal telah membuat pendedahan mengejut mengenai bekas suaminya yang didakwa berlaku curang.
Dalam perkongsian yang dibuat di Instagram Story, wanita tersebut mendakwa bahawa sebelum mereka bercerai, influencer itu telah menjalin hubungan dengan pekerja sendiri.
Walaupun curang dengan isteri orang, wanita itu masih memberi peluang kepada bekas suaminya dan tidak mengaibkannya di media sosial.
Namun, wanita itu berasa terkejut apabila mengetahui bahawa bekas suaminya juga turut bercinta dengan isteri orang lain.
Menurutnya, perbuatan bekas suaminya itu turut diketahui oleh staf di pejabat, tetapi mereka hanya mampu mendiamkan diri demi menjaga periuk nasi masing-masing.
Selepas membuat pendedahan tersebut, ramai warganet telah menyerang platform media sosial influencer yang terkenal dengan motivasi yang sering disampaikannya.
Ramai yang merasakan influencer tersebut sama seperti yang lain, iaitu menunggang agama untuk kepentingan peribadi.
BACA: Padah jual minyak bersubsidi kepada warga asing, stesen minyak bakal didenda RM 1 Juta