Sepasang selipar yang biasa digunakan untuk ke tandas telah menjadi perhatian ramai selepas ia dijual
Dengan harga 4,590 riyal Kuwait (RM68,899) di sebuah butik di Kuwait baru-baru ini, lapor stesen penyiaran NDTV.
Menerusi rakaman yang dimuat naik di laman X oleh akaun @trndkw__, seorang penjual mempamerkan sepasang selipar ‘jepun’ berwarna putih
Dengan tali dan tapak getah biru. Harga yang tertera pada selipar tersebut adalah 4,590 riyal, seolah-olah ia merupakan barangan berjenama mewah.
“Fesyen terbaru ‘Zanouba’ bermula pada harga 4,500 riyal,” demikian keterangan dalam video itu.
Rakaman tersebut menjadi tular di media sosial, dan ramai netizen terkejut dengan harga yang ditawarkan untuk selipar tersebut.
“Sekarang ini, mereka cuba menjual apa sahaja kepada golongan kaya,” kata seorang netizen.
“Di India, anda boleh mendapatkan selipar ini pada harga hanya 60 rupee (RM3.35),” kata netizen lain.
BACa: Padah jual minyak bersubsidi kepada warga asing, stesen minyak bakal didenda RM 1 Juta