Ini respon Datin Red bila Datuk Red dan Adira umum nikah semula

Oleh NADIA HARON

Hari ini, perhatian tertumpu kepada usahawan Datuk Red yang mengakui sedang dalam proses menjalin semula hubungan dengan bekas isterinya, Adira Suhaimi.

Berita ini mencetuskan pelbagai pertanyaan di kalangan netizen mengenai perasaan bekas isteri pertama Datuk Red, Datin Red atau Sharifah Norshafila Hashim.

Menurut laporan mStar Online, Datin Red menyatakan bahawa dia berada dalam keadaan baik dan berhasrat untuk memulakan kehidupan baru selepas perceraian pada Mei lalu.

Dia memohon agar orang ramai mendoakannya agar terus kuat dan berjaya.

“Saya hanya mampu mendoakan yang baik-baik dan berharap agar saya dapat bangkit dan menjadi lebih kuat. Saya ingin memulakan kehidupan baru,” ujarnya.

Ini respon Datin Red bila Datuk Red dan Adira umum nikah semula

Sharifah juga berkata bahawa dia masih belum bertemu pengganti dan enggan mengulas mengenai spekulasi kononnya bekas suaminya pernah memujuknya untuk kembali bersama semasa tempoh idah.

“Saya tiada apa-apa untuk dikongsi. Sekarang saya hanya fokus pada diri sendiri dan anak-anak,” jelasnya.

Dalam pada itu, Sharifah menyatakan bahawa walaupun sudah bercerai, hidupnya tidak banyak berubah dan dia kini sedang berusaha menjalankan perniagaan jamu untuk menjana pendapatan.

“Hidup saya tidak banyak beza, cuma sekarang tanpa suami. Produk saya baru sahaja dikeluarkan. Saya masih dalam proses pembelajaran dan memerlukan sokongan daripada ramai pihak,” katanya.

BACA: Tular semula surat layang beritahu arwah Zulfarhan didera bikin netizen geram dengan warden