Atlet Israel yang bakal menyertai Sukan Olimpik Paris mungkin menghadapi cabaran besar jika mereka gagal
menampilkan prestasi terbaik, susulan menerima ugutan bunuh sejak beberapa hari lalu, menurut laporan media kelmarin.
Walla melaporkan bahawa atlet Israel menerima mesej berunsur kebencian dan cercaan dalam bahasa Ibrani, serta panggilan telefon daripada nombor asing.
Pada hari Jumaat lalu, sebanyak 15 atlet dan pasukan mereka menerima ancaman bunuh melalui emel yang memberi amaran bahawa mereka akan dibunuh jika tiba di Perancis, menurut Walla.
Emel tersebut juga mengancam untuk mengulangi insiden Munich 1972 dan memberi amaran kepada atlet Israel untuk “bersedia menghadapi intifada!”
Pada Olimpik Munich 1972, 11 atlet Israel telah dibunuh oleh kumpulan pejuang tidak dikenali.
Pasukan Olimpik Israel tiba di Paris dengan kawalan keselamatan yang paling ketat. Menurut media British The Telegraph, Israel akan menghantar Shin Bet (Agensi Keselamatan Israel) ke Paris untuk memastikan atlet mereka bertanding dengan selamat di Olimpik.
BACA: Tular semula surat layang beritahu arwah Zulfarhan didera bikin netizen geram dengan warden