Hidup berpasangan sering dilihat indah belaka tetapi tak ramai yang sedia berkongsi ‘sisi lain’ di dalam perhubungan.
Baru-baru ini, seorang lelaki dengan identiti yang dirahsiakan luah kesedihan perlu menanggung kos bulanan dalam aspek makanan untuk teman wanitanya yang berselera besar.
Dia mendedahkan yang mana terpaksa membelanjakan wang sebanyak RM2,500 untuk makan sahaja bersama teman wanitanya pada setiap bulan.
Ekoran sifat kuat makan tersebut, lelaki itu mendakwa gaji berbaki hanya tinggal RM150 pada hujung bulan.
Dia juga merasa tertekan kerana disebabkan wang yang dihabiskan buat teman wanita untuk pergi makan.
Dalam masa sama, dia mengimbau kembali di kala masih single di mana jauh lebih jimat kerana hanya makan sekali sahaja dalam sehari.
Jika dilihat, RM2,500 merupakan satu angka yang besar di mana sudah menyamai gaji seseorang yang bekerja di luar sana.
Susulan perkongsian itu, rata-rata netizen menasihati lelaki tersebut untuk berfikiran waras dalam membelanja seseorang kerana ia sudah keterlaluan.
Malah, ramai yang berpendapat dengan wang sebanyak itu sudah boleh membeli barangan dapur rumah untuk yang sudah berkeluarga pada setiap bulan.
BACA: 4 syarat penting yang perlu dipenuhi nak buka stesen minyak