Menggigil tubuh badan saya bila tahu tentang kisah silam isteri. Saya dah buat keputusan akan ceraikan isteri lepas dia bersalin nanti.
Saya akan ambil anak bagi ibu bapa saya supaya anak tak ikut perangai mak dia.
Salam min, saya baru je berkahwin. Beberapa hari yang lalu saya dapat mesej wasap dari seorang kawan karib isteri saya.
Dalam wasap tu gambar isteri sedang berpeIukan dengan lelaki lain dalam bilik.
Ya Allah hanya tuhan yang tahu betapa terkejutnya saya dan sakit mengapa isteri sanggup buat benda terkutuk tu di belakang saya. Rupanya semasa tempoh pertunangan kami dia pernah berzina dengan seorang lelaki tu.
Benda ni saya dah tanya isteri. Tapi mula-mula dia tak mengaku tapi selepas saya tunjukkan gambar tu sebagai bukti akhirnya dia mengaku bahawa selama kami bertunang dia pernah curang dengan saya selama sebulan dengan lelaki tu.
Dengan pengakuan dia begitu, seluruh tubuh badan saya bergetar dan menangis sedih kecewa dengan isteri sampai hati dia buat begitu kat saya. Nak pukuI dia pun tak boleh sebab benda tu dah terjadi dan sudah berlalu.
Apa yang keluar di mulut saya masa tu hanya istighfar menyebut nama Allah kerana saya takut hilang sabar dan tak sanggup pukul dia. Iya la, suami mana yang tak kecewa bila dapat tahu isteri dia buat benda terkutuk tu.
Hanya Allah yang tahu betapa s4kitnya hati ini. Segala harapan dan cita-cita saya nak jadikan dia isteri yang terbaik hancur berkecai. Segala semangat saya untuk meneruskan hubungan ini hancur bagai dihimpit langit dan bumi.
Sekarang saya tekad nak ceraikan dia walaupun sejujurnya hati saya masih sayang kat dia. Tapi saya tak sampai hati nak tinggalkan dia sebab dia sekarang tengah mengandung anak kami 4 bulan. Lagi pun dia dah minta maaf dengan saya dan dah cium kaki dan tangan saya atas kesalahannya.
Dia merayu agar saya tak tinggalkan dia. Dia kata dia sayang saya. Tapi saya dah patah hati dengan dia. Kasih sayang saya dengan dia dah bertukar dengan kebencian berserta perasaan marah. Kepercayaan saya terhadap dia pun dah tak ada.
Persoalannya di sini adakah perlu saya meneruskan hubungan ini ? Minta nasihat sahabat-sahabat di luar sana. InshaAllah mana yang baik saya terima.
Sambungan.. Salam min, saya yang aritu kongsi kisah isteri saya berz1na semasa tempoh pertunangan kami. Selepas kahwin 9 bulan baru tau yang si isteri pernah curang semasa kami bertunang dulu. Alhamdulillah Syukur kepada Allah!
Berkat komen negatif dan positif oleh sahabat-sahabat facebook ni, saya ambik mana yang komen baik-baik je. Setelah saya fikir masak-masak tentang hal ni. Akhirnya saya telah membuat keputvsan untuk menceraikan isteri selepas bersalin nanti.
Sebab dia sekarang tengah mengandung 4 bulan lebih. Walaupun p3rit dan berat saya menerima kepedihan ini. Tipu la kata yang saya tak sayang isteri. Memang saya masih sayang kat dia tapi saya rasa ini adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah ini.
Dan lagi satu berkenaan anak dalam kandungan dia tu saya akan buat ujian DNA test. Sekiranya anak tu adalah anak saya. InshaAllah saya akan ambik anak tu dan akan diserahkan kepada ibu bapa saya. Sebab saya tak nak budak tu ikut perangai mak dia.
Memang perasaan ini dah benci marah patah hati, tawar hati kat dia. Semangat nak kerja pun dah tak ada. Dah 6 hari saya duduk rumah je memikirkan benda ini. Memang pahit ditelan ujian ini buat saya. Segala harapan untuk isteri dan anak dah lebur hilang begitu saja semenjak kejadian ini.
Akhirnya dari saya, korang yang ada pasangan tu baik pompuan atau lelaki bersikap jujur la ikhlas dan setia dengan pasangan anda. Kejujuran keikhlasan dan kesetian adalah kunci utama dlm kebahagian dalam sesuatu hubungan.
Komen Warganet :
Asyikin Amir : Kau nak marahkan dia pun kau tak ada hak nak pisahkan mak dengan anak. Lagi pulak kau bukannya nak jaga anak kau, ada pulak nak bagi kat mak bapak kau. Elok budak tu ada mak yg penat mengandung lahirkan dia, senang-senang je kau nak ambik bagi orang?
Otak letak kat mana? Kau tanya mak kau apa perasaan dia kalau orang ambik kau dari dia? Status isteri kau sebagai mak sama taraf dengan mak kau. Isteri kau tu pun mak jugak. Mak kepada anak dalam rahim dia.
Kau kalau nak sangat ambik anak kau tu, kau mintak la kat tuhan supaya tukar biar kau yang mengandungkan anak kau tu bukan isteri kau nak tengok kau boleh survive hadap ke tak boleh hadap. Senang-senang je nak ambik anak dari mak dia.
Fizzah Nafisya Damia : Ko kalau nak cerai kau cerai je la tapi tak payah cakap nak pisahkan anak dan ibu dan label isteri macam tu. Itu silap dia sebelum kahwin. Ko tak dapat terima dia jangan pulak nak pisahkan dia dan anak dia dan bagi kat mak kau pulak.
Tak cukup ke mak kau jaga kau masa kecik. kalau kasih ibu tak sama.. belajar jadi orang yang ada sifat murni dan jangan mudah melabel org lain. Kesudahan kau belum tentu baik dan kesudahan dia belum tentu buruk.
Princess War : Jangan sesekali pisahkan anak dengan ibu, tu kisah silam dia, maafkan la isteri tu, bimbing dan jaga dia dengan baik. Buat solat Istikarah pilih mana jalan yang terbaik. Jangan buat keputusan bila tengah marah dan dendam.
Kalau rasa memang tak boleh hidup dengan dia cerai la tapi jangan sesekali pisahkan dengan anak. Tu zaIim namanya, fikir-fikirkan la. Renung dan tengok muka isteri tu, lagi pasal kawan karib isteri tu, kenapa lepas 9 bulan kahwin baru bagi gambar?
Kenapa bukan sebelum tu? Di saat orang tengah bahagia dengan anak dalam perut senangnya dia musnahkn kebahagiaan tu. Kenapa bukan sebelum kahwin dia bagitau? Jadi persoalan di situ, apa jenis kawan karib gitu. Pandai-pandai la fikir.
Lisa Hedys : Awak nak cerai silakan tapi jangan nak zaIim ramp4s anak dia. Dia yang penat ngandung, ko siape nak nilai dia akan kekal berz1na. Saya pon tak sokong perbuatan dia tapi hati manusia ni Allah yang pegang.
Jangan memandai nak kata dia akan kekal gitu, dah la bukan ko yang nak jaga. Nak suh mak pak ko jaga dan sampai m4ti orang ngata ko pisahkan anak dan mak sebab kes tu. Ko move on je la. Berdoa la semoga bakal bini baru ko baik-baik.
Cik Orly Lieza Omar : Buat sementara waktu, cuba berpisah dengan isteri, maksud saya, hantar dia balik rumah mak ayah dia. Buat la apa jua alasan, seeloknya aib dia hanya awak dan dia je yang tahu. Balik rumah, waktu awak berseorangan, renung la balik baik buruk dia.
Adakah dia sudah taubat, adakah dia masih curang atau berhubung dengan lelaki itu? Seandainya penceraian jalan terakhir, cerai la tapi andai masih sayang, andai benar anak tu anak awak, tak salah untuk kembali rujuk.. Istikarah lah awak, semoga Allah tunjukkan jalan, insyaAllah, aaminn.
BACA: Netizen perasan muka arwah Zulfarhan ada iras dengan Zubir Khan