‘Barang mahal sebab you tiada duit’, kedengaran angkuh, rupanya diminta bercakap macam tu

Oleh ISMAIL YAHYA

“‘Itu sebab kamu tak ada duit. Bila kamu ada duit, semuanya menjadi murah,’”

Itulah kata-kata seorang usahawan dalam sebuah video yang tular di platform TikTok hari ini, sehingga mengundang kecaman orang ramai.

Usahawan dari syarikat jualan langsung itu mengungkapkan kata-kata tersebut ketika diminta memberikan motivasi oleh anak buahnya.

Beliau berkata, barang mahal bukan disebabkan keadaan ekonomi, tetapi kerana individu tersebut tidak mempunyai kemampuan atau wang yang cukup untuk membeli apa yang diinginkan.

“Barang mahal sebab kamu tak ada duit. Kamu ada duit, semua barang menjadi murah.

'Barang mahal sebab you tiada duit', kedengaran angkuh, rupanya diminta bercakap macam tu

Tiada barang yang dikatakan mahal. Kamu tak ada duit, kamu rasa mahal.

“Kamu ada duit, kamu rasa barang itu murah. RM1,000? Murahlah. RM10,000? Murahlah. RM100,000? Murahlah. RM1 juta? Murahhh! Kan? Sebab kamu ada RM100 juta (dalam simpanan).

“Keluar duit sikit saja, okay settle (pembayaran). Kan?” katanya kepada salah seorang usahawan lain.

Video tersebut menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai yang menempelak kata-kata lelaki itu kerana dianggap tidak sensitif terhadap golongan kurang berkemampuan.

“Orang kaya mana faham orang miskin. Orang kaya je boleh cakap macam tu. Esok lusa dia miskin tahulah dia,” kata Bam.

“Masa dia ada duit bolehlah cakap begini. Rezeki orang, masing-masing tak sama. Kau ada rezeki lebih dan tak ada masalah nak beli barang tak apalah. Tapi jangan cakap besar,” kata Sarahwahida.

“Hmm, kalau usaha tapi rezeki belum sampai, nak buat macam mana? Mereka tak faham konsep rezeki,” komen pengguna lain pula.

Dalam pada itu, ramai juga yang bersetuju dengan kata-kata usahawan tersebut, yang dianggap boleh membangkitkan motivasi dalam diri setiap individu yang berputus asa mencari rezeki.

“Saya setuju dengan apa yang dia cakap. Ada duit, semua barang boleh beli. Takde duit, semua barang jadi mahal. Jadi, berusahalah untuk cari banyak duit,” komen Asanah.

“Secara relatifnya, betul. Barang mahal, gaji murah atau tak naik. Betul lah apa yang dia cakap. Dia tak hina sesiapa pun. Dia tak cakap pun kau malas cari duit ke apa,” komen Redzuan pula.

“Hanya orang yang berfikiran kaya sahaja faham maksud yang dia cuba sampaikan. Orang yang berfikiran miskin akan selalu bagi alasan,” komen Aizat pula.

BACA: “Hanya tuhan yang tahu betapa sakitnya aku kenapa isteri sanggup buat benda terkutuk tu di belakang aku!