Isu mengenai kes bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain, y
ang didera hingga maut tujuh tahun lalu kembali hangat setelah enam suspek yang terlibat dijatuhkan hukuman gantung sampai mati semalam.
Walau bagaimanapun, kezaliman yang dialami arwah masih segar dalam ingatan, terutama apabila suspek menekap seterika ke badan mangsa.
Dr. Samhan, melalui posting di X, mendedahkan keperitan yang dialami Zulfarhan ketika dia diseterika oleh suspek,
di mana arwah hanya mampu meraung kesakitan tanpa dapat berbuat apa-apa.
Menjelaskan punca kematian Zulfarhan, Dr. Samhan berkata ia adalah kombinasi antara hipervolemia, masalah jantung, dan kegagalan buah pinggang. Beliau turut menjelaskan bagaimana ketiga-tiga faktor ini saling berkait dan boleh menyebabkan kematian.
Menurut Dr. Samhan, akibat luka melecur yang teruk, Zulfarhan telah kehilangan banyak cecair dari dalam badannya. Pemberian cecair intravena yang berlebihan dalam usaha untuk mengatasi masalah ini menambah beban pada jantung dan buah pinggangnya.
Keadaan ini akhirnya membawa kepada kegagalan organ-organ tersebut, yang menyebabkan kematian. Sebagai seorang doktor, Dr. Samhan percaya bahawa jika Zulfarhan dibawa ke hospital lebih awal, peluang untuk beliau selamat mungkin lebih tinggi.