Lafaz sumpah laknat jadi calon PRK, sekali bekas mufti dedah tiada sumpah laknat dalam perundangan islam

Oleh ISMAIL YAHYA

Dr Zulkifli Mohamad berkata bahawa istilah sumpah laknat tidak terdapat dalam perundangan Islam kecuali dalam konteks “li’an”.

Dalam Islam, li’an adalah ucapan yang dilakukan oleh suami yang mendapati isterinya berzina dengan lelaki lain tetapi tidak dapat mengemukakan empat orang saksi.

Manakala istilah “mubahalah” (saling laknat melaknati) yang disebut dalam Surah Ali Imran ayat ke-61, menurut Zulkifli, tidak merujuk kepada perundangan Islam.

“Sebaliknya, mubahalah dikategorikan sebagai sumpah yang berkaitan dengan perdebatan untuk menyokong hujah yang benar dan menolak hujah yang salah.

“Mubahalah tidak diperlukan jika kes masih dalam proses di mahkamah.

Lafaz sumpah laknat jadi calon PRK, sekali bekas mufti dedah tiada sumpah laknat dalam perundangan islam

“Bahkan, dalam proses keadilan di mahkamah, sumpah bukanlah satu-satunya cara. Pembuktian lain seperti pengakuan, penyaksian, dan bukti di hadapan hakim juga penting,” katanya.

Zulkifli menambah bahawa dalam prinsip perundangan Islam, sumpah hanya diambil kira atau dilakukan apabila diminta oleh ‘qadhi’ atau hakim.

BACA: Penganut bukan islam baru tahu kenapa islam larang pengikutnya makan babi