‘Nasi je free, lauk kena bayar’ Tetamu bengang lauk kenduri kena bayar

Oleh GEMILANGDAILY

Kebiasaannya, apabila ada majlis kenduri, tuan rumah akan menyediakan makanan percuma untuk para tetamu yang terdiri daripada keluarga, rakan-rakan, dan orang terdekat.

Namun, satu video berdurasi kurang 2 minit telah tular di TikTok, menunjukkan situasi yang agak berbeza di sebuah majlis di Thailand, di mana tetamu perlu membayar makanan yang mereka ambil.

Dalam video yang dimuat naik oleh @sazalibinyaakob, beliau dan keluarganya sedang duduk di meja tetamu di majlis tersebut.

Dalam masa yang sama, seorang individu datang ke meja mereka sambil membawa raga yang berisi lauk pauk yang dibungkus dalam bekas makanan.

Setelah mengira jumlah lauk yang dipilih, individu tersebut mengira jumlah yang perlu dibayar oleh tetamu.

'Nasi je free, lauk kena bayar' Tetamu bengang lauk kenduri kena bayar

Selepas itu, seorang lagi individu membawa raga berisi air dalam cawan dan menawarkan kepada para tetamu.

“Pertama kali dapat jemputan kenduri tapi lauk dan air minum kena bayar. Nasi percuma. Anda biasa ke dengan macam ni?” ujar pengirim video.

Di atas meja juga terdapat beberapa pinggan yang disusun bersama sudu besi serta bungkusan nasi, dan setiap tetamu perlu menuangkan nasi mereka ke dalam pinggan masing-masing.

@sazalibinyaakob @abuyasolution @Pakar Jantung Dr Rahim @AshyleyStudio @AshamarRadzi #upahajinakbantuanda #kenduridipondok#satun #ustaz #fypシ #fypシ゚ ♬ bunyi asal – Sazali Bin Yaakob

Namun, ada netizen yang mendakwa bahawa majlis tersebut adalah kenduri sumbangan, dan bayaran yang dikenakan akan disalurkan kepada masjid, sekolah, dan lain-lain.

BACA: Lafaz sumpah laknat jadi calon PRK, sekali bekas mufti dedah tiada sumpah laknat dalam perundangan islam