10 passport paling ‘power’ di dunia, kedudukan Malaysia buat ramai bangga

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Republik Singapura telah mengalahkan lima negara lain untuk menjadi yang teratas dalam ranking dunia bagi pasport,

Dengan rakyat Singapura kini menikmati kemasukan tanpa visa ke 195 daripada 227 destinasi.

Menurut data terkini yang diterbitkan oleh Indeks Pasport Henley pada Julai 2024, lima negara – Perancis, Jerman, Itali,

Jepun, dan Sepanyol – jatuh ke tempat kedua, dengan kemasukan tanpa visa ke 192 destinasi.

Sebelum ini, Singapura dan negara-negara tersebut berkongsi tempat teratas dengan kemasukan bebas visa ke 194 daripada 227 destinasi pelancongan, menurut kedudukan yang diterbitkan oleh indeks tersebut pada Januari 2024.

10 passport paling 'power' di dunia, kedudukan Malaysia buat ramai bangga

Indeks Pasport Henley merangkumi 199 pasport dan 227 destinasi.

Dalam ranking terkini, “kohort tujuh negara yang belum pernah berlaku sebelumnya” menduduki tempat ketiga dengan akses ke 191 destinasi tanpa visa. Negara-negara tersebut adalah Austria, Finland, Ireland, Luxembourg, Belanda, Korea Selatan, dan Sweden.

Bekas kuasa pasport, United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS), telah merosot dalam senarai sejak 2014.

UK kini berada di tempat keempat dengan kemasukan tanpa visa ke 190 destinasi, berkongsi tempat itu dengan Belgium, Denmark, New Zealand, Norway, dan Switzerland. AS pula berada di tempat kelapan, dengan kemasukan bebas visa ke 186 destinasi.

Pasport Afghanistan mengekalkan kedudukannya sebagai yang paling lemah di dunia, dengan rakyatnya mempunyai akses tanpa visa hanya ke 26 negara. Negara itu kehilangan akses bebas visa ke satu destinasi dalam tempoh enam bulan lalu, menjadikannya dengan skor terendah yang pernah direkodkan sejak indeks itu dicipta 19 tahun lalu.

Indeks Pasport Henley adalah berdasarkan data eksklusif daripada Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa.

Senarai 10 Pasport Paling Berkuasa di Dunia

1. Singapura (195 destinasi)

2. Perancis, Jerman, Itali, Jepun, Sepanyol (192 destinasi)

3. Austria, Finland, Ireland, Luxembourg, Belanda, Korea Selatan, Sweden (191 destinasi)

4. Belgium, Denmark, New Zealand, Norway, Switzerland, United Kingdom (190 destinasi)

5. Australia, Portugal (189 destinasi)

6. Greece, Poland (188 destinasi)

7. Kanada, Republik Czech, Hungary, Malta (187 destinasi)

8. Amerika Syarikat (186 destinasi)

9. Estonia, Lithuania, Emiriah Arab Bersatu (185 destinasi)

10. Iceland, Latvia, Slovakia, Slovenia (184 destinasi)

12. Malaysia (berkongsi tempat dengan Liechtenstein) (182 destinasi)

BACa: “Umur 70, baru bapa terhegeh cari anak, dulu tinggalkan terkontang-kanting tak peduli pun jengah pun tak