Imuda kini bergelar Datuk

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Pelakon, pelawak, dan pelukis terkenal, Imuda, yang kini berusia 65 tahun, telah dianugerahkan gelaran Datuk

setelah menerima Darjah Setia Pangkuan Negeri sempena Hari Ulang Tahun Ke-75

Yang Dipertua Negeri (TYT) Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak, di Pulau Pinang semalam.

Imuda, atau nama sebenarnya A Rahim Muda, adalah salah seorang daripada 103 penerima Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang, dan Pingat Kehormat Negeri.

“Saya amat bangga kerana menerima penganugerahan daripada TYT Pulau Pinang. Selepas 40 tahun berkecimpung dalam dunia hiburan,

Imuda kini bergelar Datuk

inilah masa dan saatnya untuk meraikan kejayaan. Ini bukan sahaja untuk diri saya, tetapi juga untuk seluruh anak seni lain di Pulau Pinang,” kata Imuda dalam temubual dengan media tempatan.

Imuda memulakan kerjayanya sebagai pelukis dengan syarikat penerbitan tempatan sebelum melebarkan sayap bersama Dewan Bahasa dan Pustaka. Karya-karyanya telah diterbitkan dalam majalah seperti Gila-Gila, Berita Minggu, dan Gelihati.

Sepanjang kerjayanya dalam dunia seni, selain terkenal dalam siri komedi, Imuda juga telah membintangi puluhan filem popular seperti Mekanik, Kembara Seniman Jalanan, Hati Bukan Kristal, Mat Gelap, Mat Som, dan banyak lagi.

BACA: Andika Putera ugut bekas Isteri nak sebar video ‘Projek bersama’