“Penat aku mengadu bapa mentua menggatal masa dia tak ada kat rumah, respon suami buat aku geram”

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Pasangan yang berkahwin seharusnya memberi lebih perhatian kepada suami atau isteri masing-masing, keluhan yang diberikan pastinya bersebab.

Tapi ada juga yang tak melayan malah menuduh pula pasangan konon mencari perhatian walaupun sebenarnya masalah tersebut wujud.

Seorang wanita mengadu sering diganggu bapa mentuanya namun tidak dilayan suami malah dia dikatakan terlebih perasan.

Macam mana ya wanita-wanita di luar sana hadap perangai bapa mentua yang gatal. Aku sayangkan suami dan anak-anak, kami dah kahwin lebih enam tahun.

Dalam tempoh ni aku dan suami banyak kali juga hampir bercerai disebabkan suami terlalu percaya akan keluarganya dan aku dilabel sebagai menantu yang suka melawan.

"Penat aku mengadu bapa mentua menggatal masa dia tak ada kat rumah, respon suami buat aku geram”

Suami ni anak lelaki kesayangan bapanya, yang menjadi masalah sekarang adalah bapa mentua suka datang rumah kami ikut suka hati dia.

Bukan setakat tu, bilik kami pun dimasuknya sesuka hati, pernah masa kami tengah tidur, dia ketuk pintu bilik sebab nak masuk.

Bila suami pergi lagi kerap dia nak masuk bilil, siap berlakon sakit dan nak aku jaga dia, konon nak manja-manja dengan menantu, masa suami ada elok pula penyakit dia.

Tak cukup tu, bapa mentua suka tegur bentuk badan aku, apa sahaja yang aku pakai mesti dia tengok atas bawah.

Aku siap bincang dengan suami lagi tapi dia memang tak percaya siap cakap aku ni perasan lebih saja.

Suami tak sedar aku ni dah nak meroyan hadap gatal bapa dia. Mak mentu ada ja, tiga orang lagi, semua sihat tapi tak ada seorang pun nak melayan bapa mentua.

Akhirnya mereka cakap aku ni menantu teruk padahal dalam diam ada yang cemburu dengan perhatian bapa mentua bagi dekat aku.

Bukannya aku tak hormat mentua, tapi kalau perangai macam ini buat aku rasa nak lari sahaja dari rumah.

Bukan ke sepatutnya mak dan bapa mentua ni macam ibu bapa kita sendiri, bila jadi macam ini entahlah. Tertekan aku.

Baca juga: Individu dedah ‘penyakit’ yang membarah dalam Pas, punca islam dipandang hina