“Dah beberapa kali diajukan hasratnya untuk kami pulang ke kampung, kini tiba hari untuk buang saka tu”

Oleh ZULAIKHA ABBAS

Sebagai pendahuluan, cerita ni mungkin agak panjang berkisarkan pengalaman buang saka dan rawatan kononnya Islam.

Tapi kalau anda dapat baca sampai habis & bagi pandangan, saya benar-benar amat hargai.

Al kisah nya, saya pernah diajak ke suatu tempat, (kawasan dirahsiakan bagi menjaga sensitiviti) untuk membuang saka.

Sebenarnya idea membuang saka ni langsung tidak terlintas dek akal kerana saya dan suami sejenis yang tak ambil ‘port’ bab begini.

Ibu mertua suarakan hasrat untuk bawa kami sekeluarga ke sana kononnya saka ni perlu dibuang secara menyeluruh dari nenek sampai ke cucu supaya ‘mereka’ tak ganggu dah.

"Dah beberapa kali diajukan hasratnya untuk kami pulang ke kampung, kini tiba hari untuk buang saka tu"

Dah beberapa kali diajukan hasratnya untuk kami pulang ke kampung, tiba lah hari untuk membuang saka tersebut.

Long short story, saya amat terkejut kerana amalan buang saka ini masih dipercayai bulat-bulat oleh sesetengah orang.

Saya tak menafikan kewujudan alam ghaib, tapi tidak pula taksub. Selagi dia tak kacau, dan tak ada keperluan untuk sentuh bab ni, saya biarkan. Suami pula sejenis fictional & lebih percaya perubatan doktor.

Semasa upacara tersebut, kami mengikut giliran untuk berjumpa dengan ‘Tok” tersebut.

Dia akan bertanya nama & kononnya boleh nampak segala jenis jin dan saka yang bertenggek dalam badan. Ada yang bentuk mawas, harimau putih, serigala dan bermacam haiwan ganas lagi.

Yang lebih tak menyakinkan, tok tersebut hanya gunakan botol air mineral kosong yang telah terpakai & sangat kotor. Ada yang di bawah kerusi, ada yang di atas lantai,

Tatkala nak buang, dia akan sambil lewa ambil botol tersebut dan ‘sumbat’ jin ke dalamnya. Langsung tak bersedia dengan keadaan rumah yang berbau najis kucing yang tidak dibuang. Amat tak selesa.

Selepas itu, katanya lagi semua jin akan di Islamkan dan buat haji, dihantarnya ke Mekah. Allahu.. saya terpinga2 saja. Nak gelak macam tak hormat pula. Sedih pun ada sebab ada yang percaya. Bercampur baur.

First red flag terhadap tok adalah merokok semasa kami sedang dalam proses tersebut. Kalau betul perubatan islam, kenapa merokok?

Kalau ya pun nak merokok, kenapa waktu tu? Saya tak boleh hadam. Berkepul2 asap. Dengan anak kecil bersama saya waktu itu. Kenapa tak ada common sense???

Yang keduanya, tok juga tak bersarung tangan. Tak menjaga batas. Dah tahu nak ‘merawat’ orang, tolonglah pakai sarung tangan sebab ada juga dia pegang kepala dan beberapa anggota badan termasuk perempuan bagi rawatan tersebut.

Yang ketiga, saya rasa amat sesat bila dia claim boleh bercakap dengan roh. Roh ya. Roh. Kononnya boleh panggil roh masuk ke dalam badan isterinya (isteri sebagai pengantara) semasa proses tersebut.

Dan lebih memeranjatkan saya, dia berjaya raih kepercayaan ahli keluarga mertua saya. Waktu tu saya terus undur diri. Buat2 sibuk di belakang. Tak mahu masuk campur.

Hingga kini, jika ada keluarga ditimpa kesulitan diajaknya pergi jumpa tok. Nak menangis saya rasa.

Bukan tak mahu cakap secara terus terang. Saya ada suarakan. Tapi diajaknya juga katanya antara ikhtiar. Saya bukan lah alim, tapi saya juga tak suka perbuatan begini. Rasa berdosa ya amat.

Saya nak minta pandangan macam mana nak bagi ahli keluarga tak taksub dengan kepercayaan tu. Bukan semua ahli keluarga yang taksub sebenarnya.

Kalau ada yang berpengalaman sama seperti saya, boleh juga comment supaya saya dapat idea nak bincang dengan suami.

Tolong doakan hubungan saya & suami serta ahli keluarga ya.

Terima kasih semua. Salam sayang dari utara tanah air.

– Minnie (Bukan nama sebenar)

BACA: Antara individu yang lantang bersuara isu Palestin, Presiden NGO ditangkap khalwat