Lydia Rosli nak kahwin dengan Tyzo “Saya memang sukakan Tyzo tetapi..”

Oleh NADIA HARON

Anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri, Lydia Rosli, membuat kenyataan berani dengan mengakui keinginannya untuk mengahwini penyampai radio, Tyzo.

Namun, Tyzo masih belum bersedia untuk membawa hubungan mereka ke fasa yang lebih serius dan lebih selesa berkawan.

“Saya memang sukakan Tyzo, tetapi saya rasa perasaan Tyzo sebaliknya.

Tapi nak kata saya bertepuk sebelah tangan itu tidak juga.

Dia melayan saya dengan sangat baik. Kami selalu pergi ‘out station’ bersama.”

Lydia Rosli nak kahwin dengan Tyzo "Saya memang sukakan Tyzo tetapi.."

“Untuk bercinta, mungkin dia lambat sikit. Tapi terus terang saya beritahu memang saya cinta dan nak kahwin dengan dia.”

Lydia hanya mampu menunggu Tyzo melamarnya kerana dirinya seorang wanita. Menurut Lydia, ibunya juga sudah mula menyukai Tyzo dan mahu menjadikan penyampai radio itu sebagai menantu.

Namun, setelah sekian lama menanti Tyzo datang melamar, Lydia memaklumkan sudah penat dan sering menangis setiap malam mengenangkan hubungannya dengan Tyzo.

“Saya mula rasa penat dengan situasi ini. Saya rasa dia tidak mahukan saya. Jadi saya ambil keputusan untuk menjauhkan diri.”

“Tetapi bila saya pergi, dia datang mencari saya. Mungkin sudah sifat lelaki begitu. Sekarang ini saya cuma serahkan pada takdir.”

Terdahulu, muncul desas-desus mengatakan penyampai radio itu sedang bercinta dengan Lydia kerana mereka sering dilihat bersama-sama dalam beberapa majlis.

BACA: “Dah beberapa kali diajukan hasratnya untuk kami pulang ke kampung, kini tiba hari untuk buang saka tu”