Sejumlah 137 pensyarah dan kakitangan di Universiti terkenal dilaporkan tidak menerima gaji mereka selama tempoh dua hingga 7.5 bulan
kerana kegagalan menarik jumlah pelajar yang mencukupi, menurut laporan dari laman berita VNExpress.
Universiti awam tersebut mempunyai jumlah keseluruhan 236 pensyarah dan kakitangan.
Daripada jumlah itu, seramai 99 pekerja masih menerima gaji kerana mereka tergolong sebagai pekerja pentadbiran negeri,
Manakala 137 pekerja yang lain adalah dalam kontrak.
Pentadbiran universiti menghadapi kesulitan membayar gaji disebabkan oleh kekurangan pelajar yang mendaftar dan penurunan pendapatan.
Saat ini, universiti tersebut mempunyai lebih daripada 1,000 pelajar, tetapi lebih separuh daripada mereka terkecuali daripada yuran pengajian berdasarkan peraturan pemerintah.
Pihak universiti tidak mempunyai dana untuk membayar gaji kepada seramai 137 pensyarah dan kakitangan selama sekurang-kurangnya tiga bulan pertama pada tahun 2024.
BACA: Lelaki dirompak monyet, buang beg berisi RM6370 lepas tak jumpa makanan