Kekacakan Atlet Korea Selatan buat ramai gadis berangan sampai tak lena tidur malam

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Ketika acara sukan paling berprestij di dunia, Sukan Olimpik, diadakan di Paris tahun ini, ramai atlet menjadi perhatian, terutama sekali mereka yang berjaya memenangi pingat emas.

Dalam perkembangan terbaru, pemegang pingat emas Olimpik Paris dari Korea Selatan, Oh Sang Uk,

Menjadi tular kerana rupa parasnya yang tampan, sehingga mengumpul peminat baharu dalam kalangan netizen.

Menurut Mstar, gambar-gambar atlet kacak ini tersebar luas di platform forum dalam talian.

Selain wajahnya yang tampan, ketinggian Oh Sang Uk yang mencapai 192 sentimeter (cm) turut menjadi perhatian.

Kekacakan Atlet Korea Selatan buat ramai gadis berangan sampai tak lena tidur malam

Dalam acara lawan pedang, Oh Sang Uk mencipta sejarah apabila menjadi lelaki Korea Selatan pertama memenangi emas Olimpik dalam acara individu selepas menewaskan atlet Tunisia, Fares Ferjani.

Dengan penampilan menarik dan aksi cemerlang di Olimpik, tidak hairanlah jumlah pengikutnya di media sosial meningkat mendadak dalam masa yang singkat.

Dikatakan bilangan pengikut Instagram Oh Sang Uk meningkat hampir dua kali ganda dalam tempoh tiga hari! Antara 28 dan 30 Julai, dia memperoleh hampir 80,000 pengikut, menjadikan jumlah pengikutnya kini lebih 210,000 berbanding sekitar 110,000 pada bulan sebelum Sukan Olimpik Paris berlangsung.

Terkini, Oh Sang Uk sekali lagi merangkul pingat emas kedua dalam acara berpasukan pedang lelaki, menewaskan Hungary dan memenangi kejuaraan ketiga berturut-turut buat Korea Selatan di Sukan Olimpik Paris pada Rabu.

Selepas dinobatkan sebagai pemenang pada Sabtu dalam acara individu, Oh Sang Uk terus mempamerkan aksi cemerlang dalam kemenangan 45-41 menentang juara dunia 2023 itu.

Perlawanan terakhir pada mulanya sengit, sehingga Do Gyeong-dong dari Korea Selatan memberi kelebihan kepada pasukannya dengan mencatatkan 5-0 menentang Krisztian Rabb.

BACA: Lelaki dirompak monyet, buang beg berisi RM6370 lepas tak jumpa makanan