Tagih hutang RM300 demi susu dan pampers anak, lelaki lunyai dibelasah

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Seorang lelaki duda telah dipukul hampir mati oleh sekumpulan lelaki sehingga menyebabkan keretakan pada tempurung kepalanya

setelah menuntut hutang sebanyak RM300 daripada rakannya.

Norhayati A Razak, 53, memberitahu bahawa kejadian tersebut berlaku pada jam 5.10 petang, 15 Julai lalu di Kampung Setanggi, Johor Bahru, melibatkan anak sulungnya, Mohd Ahzan Husni, 35.

Menurutnya, ketika kejadian, ahli keluarga cuba membantu dan meleraikan pergaduhan, tetapi mereka juga turut diserang oleh kumpulan lelaki itu.

“Kejadian berlaku berhampiran rumah kami, kami terdengar jeritan Mohd Ahzan meminta tolong. Enam lelaki, termasuk yang bertopeng,

Tagih hutang RM300 demi susu dan pampers anak, lelaki lunyai dibelasah

memukul Mohd Ahzan dengan cota besi dan topi keledar. Ketika itu, Mohd Ahzan berlumuran darah, terutama di bahagian kiri wajahnya, dan terbaring di tanah.

“Kumpulan lelaki itu kemudian melarikan diri dari tempat kejadian dan kami segera membawa Mohd Ahzan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini. Kami juga membuat laporan polis di Balai Polis Majidee sehari selepas kejadian,” katanya.

Norhayati bercakap kepada pemberita selepas menerima kunjungan dari Wanita Ikon Johor, Faridah Hamzah, yang juga Presiden Pertubuhan Permata Baiduri Malaysia, di kediamannya pada hari Rabu.

Katanya, akibat kejadian tersebut, Mohd Ahzan terpaksa menjalani beberapa pembedahan, termasuk mengeluarkan tempurung kepala yang retak. Selain itu, urat kepala Mohd Ahzan mengalami bengkak dan daya penglihatan mata kirinya terjejas akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

“Pada masa ini, tempurung kepalanya masih belum dapat dipasang disebabkan beberapa faktor. Doktor menjangkakan tempoh penyembuhan Mohd Ahzan adalah antara enam bulan hingga setahun, atau paling lama antara satu hingga empat tahun,” tambahnya lagi.

Norhayati juga meluahkan rasa kesal kerana anaknya, yang meminjamkan wang kepada rakannya atas dasar simpati, diperlakukan dengan cara sedemikian.

Beliau berkata, beberapa hari sebelum insiden tersebut, rakan anaknya datang ke rumah meminjam wang dan berjanji akan memulangkannya selepas menerima gaji.

Malangnya, setelah mendapat gaji, rakan tersebut gagal menunaikan janji, menyebabkan Mohd Ahzan tiada wang untuk membeli susu anaknya.

“Apabila Mohd Ahzan terus menuntut hutangnya, rakannya marah dan kejadian tersebut berlaku,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut dan memberitahu bahawa tangkapan telah dilakukan.

BACA: “Bermula saat itu, layanan mertua berubah sekelip mata, isteri aku nekad buang semua gambar keluarganya”