“Kalau bagitahu kat korang nama kes tu, korang akan tahu, immediately!” Netizen syak banduan dalam program Alif Satar OKT kes Zulfarhan

Oleh NADIA HARON

Satu video daripada sebuah program yang menampilkan penyanyi Alif Satar tular di TikTok baru-baru ini.

Video tersebut dipercayai dirakam pada tahun 2019 dan menunjukkan Alif Satar berbuka puasa bersama banduan.

Dalam video yang dibahagikan kepada beberapa bahagian, Alif Satar diberikan kesempatan untuk berbuka puasa dengan banduan

Dan memilih untuk bersama banduan muda. Walaupun dia duduk bersama mereka,

Alif tidak mendedahkan kes jenayah yang dilakukan oleh banduan tersebut kerana ia adalah kes yang agak terkenal.

"Kalau bagitahu kat korang nama kes tu, korang akan tahu, immediately!" Netizen syak banduan dalam program Alif Satar OKT kes Zulfarhan

“Kalau saya beritahu nama kes tersebut, korang pasti akan tahu dengan segera!” kata Alif dalam video tersebut.

Dalam program itu, Alif Satar berkongsi pengalamannya memasuki penjara dan menyebut bahawa suasana di dalam penjara mempunyai aura yang kurang menyenangkan. Dalam video seterusnya, Alif menjelaskan bahawa dia tidak dibenarkan bertanya mengenai kes jenayah banduan muda tersebut untuk mengelakkan emosi mereka terganggu.

Alif Satar berkata bahawa segala perasaan risau dan gementarnya hilang apabila dia duduk bersama banduan muda tersebut kerana mereka sangat baik dan mesra dengannya. Alif juga sempat menemubual mereka mengenai pengalaman hidup di penjara. Dalam perkongsian itu, Alif kelihatan sebak mendengar kata-kata dan hajat salah seorang banduan.

Alif turut menitiskan air mata selepas meluangkan masa bersama mereka dan melihat keinsafan yang ditunjukkan.

Menurutnya, pengalaman tersebut memberikan pengajaran berharga untuk sentiasa bersyukur dalam hidup.

Video ini menjadi perhatian netizen kerana ada dakwaan bahawa banduan yang Alif Satar temui mungkin merupakan suspek utama dalam kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut UPNM, Zulfarhan Osman Zulkarnain.

Namun, ada juga yang meragui dakwaan ini kerana video tersebut dirakam pada tahun 2019, sebelum keputusan hukuman dijatuhkan.

Penafian: Walaupun Alif Satar menyebut bahawa kita mungkin mengenali kes tersebut, tiada pengesahan rasmi mengenai maklumat kes itu. Dalam video penuh asal, Alif menyatakan bahawa banduan berbaju ungu adalah banduan yang sedang direman.

BACA: “Dah beberapa kali diajukan hasratnya untuk kami pulang ke kampung, kini tiba hari untuk buang saka tu”