17 aksi dalam tempoh tiga minit, ahli silap mata Malaysia cipta rekod dunia

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Seorang ahli silap mata dari Malaysia menempa nama dalam Guinness World Records selepas

melakukan 17 aksi ilusi dalam tempoh tiga minit, lapor agensi berita United Press International .

Avery Chin, berjaya mencatatkan rekod dunia itu sebagai aksi silap mata paling banyak dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan.

Gelaran itu sekali gus mengatasi rekod sebelumnya yang dipegang oleh seorang ahli silap mata dari India, Alwin pada 2023.

“Saya sentiasa mahu menggunakan kemahiran silap mata untuk mencipta rekod dunia.

17 aksi dalam tempoh tiga minit, ahli silap mata Malaysia cipta rekod dunia

Saya membuktikan bahawa saya amat menyukai silap mata dan meningkatkannya ke tahap tertinggi dengan rekod itu,” kata Chin.

Semasa percubaannya, Chin menggunakan beberapa helah termasuk membuat objek hilang dan muncul semula serta banyak lagi.

BACA: Ustaz Zamri Vinoth diarah bayar RM100,000 kepada Siti Kasim, apa dah jadi?