Mahkamah arah kerajaan serah tanah jalan duta, Masjid antara yang terjejas

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Kerajaan mungkin perlu membayar keuntungan mesne kepada Semantan Estate Sdn Bhd (Semantan Estate) berikutan pengambilalihan tanah milik syarikat itu sejak tahun 1956.

Peguam hartanah, Mohd Norzaki Yusop, berkata jumlah bayaran yang diperlukan dijangka berdasarkan

kiraan dari tahun 1956 hingga 2021, yang boleh mencecah sehingga bilion ringgit.

Menurutnya, keuntungan mesne bermaksud penceroboh perlu membayar sewa kepada pemilik sebenar semasa menduduki sesuatu premis sebagai pampasan.

“Pada tahun 1956, dikatakan kerajaan memperoleh kawasan tersebut dengan nilai RM1.32 juta di bawah Enakmen

Mahkamah arah kerajaan serah tanah jalan duta, Masjid antara yang terjejas

Pengambilan Tanah pada masa itu, bagi tujuan pembangunan kawasan tersebut (Enklaf Duta).

“Penilaian plaintif terhadap keuntungan mesne dari 1956 hingga 2021 berjumlah antara RM3.1 bilion hingga RM6.646 bilion dengan faedah mudah, manakala RM13.242 bilion dengan faedah kompaun.

“Namun, pihak kerajaan menyangkal kiraan keuntungan mesne tersebut dan hanya bersetuju dengan nilai RM290 juta,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Mohd Norzaki memberitahu bahawa Semantan Estate mempunyai hak untuk mengambil tindakan sekiranya kerajaan gagal menyerahkan semula tanah tersebut.

Katanya lagi, bangunan yang sedia ada mungkin akan bertukar pemilik atau kerajaan perlu membayar sewa untuk melangsungkan operasi mereka di kawasan tersebut.

“Pada pandangan saya, sekiranya kerajaan gagal menyerahkan tanah itu semula, Semantan Estate akan memohon perintah daripada mahkamah,” ujarnya.

BACA: “Pisang berbuah banyak kali, bini menangis minta ampun rupa-rupanya ini kerja bini aku dan ketua jabatan”