Semua atlet dapat telefon pintar Samsung edisi Olimpik Paris, cuma ada 1 negara ini tak dapat

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) telah menjelaskan mengapa atlet dari Korea Utara tidak menerima telefon pintar Samsung yang diberikan secara percuma kepada semua atlet di Sukan Olimpik Paris 2024.

Penaja utama IOC, syarikat elektronik Korea Selatan Samsung, telah menyediakan telefon pintar kepada semua 10,500 atlet untuk dibawa pulang ke rumah masing-masing.

‘Terikat’ dengan Garis Panduan PBB. Kami boleh mengesahkan bahawa atlet dari Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan DPRK tidak menerima telefon Samsung.”

Sementara itu, Kementerian Luar Negeri Korea Selatan telah menarik perhatian kepada sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Secara rasmi dikenali sebagai Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK), Korea Utara telah dikenakan sekatan PBB sejak 2006 berkaitan program peluru berpandu dan nuklearnya,

Semua atlet dapat telefon pintar Samsung edisi Olimpik Paris, cuma ada 1 negara ini tak dapat

dengan langkah-langkah yang semakin ketat dari masa ke masa, termasuk larangan terhadap produk yang mempunyai kegunaan awam dan tentera.

“Majlis Keselamatan PBB, menurut perenggan 7 Resolusi 2397 (2017), melarang pembekalan, penjualan, dan pemindahan langsung atau tidak langsung semua mesin industri ke Korea Utara, dan telefon pintar adalah barang yang dilarang mengikut resolusi itu,” kata Kementerian Luar Negeri Korea Selatan dalam satu kenyataan.

“Kerajaan kami terus membuat usaha diplomatik dengan kerjasama komuniti antarabangsa untuk memastikan pelaksanaan yang teliti terhadap resolusi Majlis Keselamatan PBB.”

Untuk makluman, pasukan Korea Utara mempunyai 14 atlet yang menyertai Sukan Olimpik Paris 2024 dan mereka bertanding dalam 7 jenis sukan.

BACA: “Aku disisih keluarga kerana memilih suami tak kaya nasib ada insan pengotor rela membantu”