Assalamualaikum, terima kasih admin sudi publish cerita saya yang agak panjang ini. Cerita ni saya pendekkan yaa sebab terlalu panjang.
Saya Aishah, seorang anak tunggal yang telah kematian ibu bapa semasa umur saya 16 tahun akibat kemalangan jalan raya.
Setelah itu saya tinggal bersama poksu adik bongsu ayah saya, isterinya & anaknya 2 tahun.
Pada umur saya 19 tahun, pokngah (adik no 2 arwah ayah) ada bagitahu kenalannya ingin meminang saya untuk anaknya.
Mulanya saya menolak sebab rasa terlalu muda tapi memikirkan saya tiada ibu bapa dan tak mau menyusahkan pokngah dan poksu saya setuju. 4 bulan lepas meminang saya kahwin.
Dia seorang lelaki yang baik, berduit oleh kerana sebelum berkahwin dia dah ada kedai hardware sendiri di bandar pantai timur.
Kami sangat bahagia, nafkah tidak pernah culas dan apa yang saya mahu semua diturutinya apa-apa saja. Selama 5 tahun berkahwin kami tidak dikurniakan zuriat.
Tengah kami sedang berbahagia tiba-tiba suami saya meminta izin untuk kahwin lain dengan junior uni dia dulu janda anak dua, waktu tu bagaikan dunia ni gelap kosong tipu lah saya tak sedih tapi apa yang boleh saya buat?
Seharian saya berfikir dan salahkan diri sendiri, apa salah aku? Apa kurangnya aku?
Setelah dipujuk pujuk saya relakan walau berat hati ini dan saya memintanya untuk berlaku adil, sayang saya dan tidak abaikan saya. Dia setuju dan berjanji.
Tapi janji tinggal janji setelah berkahwin baru, dia ada balik rumah tapi minggu pertama kahwin saja itu pun 3 hari di rumah saya, selebihnya tidak balik ke rumah selama 3 bulan lebih.
Tapi nafkah tidak diabaikan dan masih berhubung dengan saya walaupon jarang-jarang. Saya ada whatsapp kenapa tak balik rumah. Katanya sibuk, padahal hari2 saya tengok dia buat live dengan bini muda dia dekat tiktok.
Saya rasa sunyi sedih murung dia fikir duit dapat buat saya happy tapi tidak jiwa saya kosong.
Mujurlah ada pok ngah dan poksu sekeluarga selalu video call dan call saya tanya khabar saya dari dulu memang dorang ambik berat walau saya dah berkahwin.
Saya tak ada sapa sapa yang ada hanyalah suami saya dan keluarga saya iaitu poksu pokngoh keluarga.
Suatu hari saya nekad untuk pergi ke mahkamah bercerai dengan alasan tidak diberi nafkah batin selama 3 bulan lebih, tidak balik jenguk saya dan saya sudah tawar hati.
Mahkamah ada hantar surat, dia ada datang dan ceraikan saya macam tu sahaja. Allahu ujian saya…
Umur 24 saya dah jadi janda. Selepas bercerai saya berpindah ke rumah poksu di pinggir bandar di pantai timur juga dan mencari kerja dan saya dapat kerja di seven eleven.
Siang malam saya kerja di seven eleven partime, kalau shift pagi malam saya bantu sepupu sebelah ibu saya packing parcel dan jadi affiliate,
Oh ya keluarga sebelah ibu semua baik2 tapi semua dah berusia saya pun kalau raya berkunjung juga keluarga sebelah ibu.
Saya kerja kuat kuat, saya simpan duit mutaah bekas suami bagi, simpan duit kerja dan niaga dan ada sedikit duit peninggalan ibu ayah.
Saya nekad nak tinggalkan negara ni saya terlalu sakit hati bila teringatkan bekas suami saya yang begitu mudah lupakan janji. Hidup saya kosong saya nak lari dari semua ni.
Saya selalu tengok live dekat tiktok kebetulan sering tengok live orang malaysia kerja dekat Australia. Masa tengah sedih tu saya fikir kalau jadi apa2 dekat rumah tangga saya nak lari ke Australia.
Apa yang saya fikirkan itu betul Allah uji saya dengan perceraian di usia saya muda.
Saya ada bincang dengan poksu pokngah saya nak ke Australia nak kerja sana. Poksu dan pokngah macam tidak setuju dorang risau saya sorang2 tiada kenalan, pastu saya ni perempuan.
Tapi saya menangis semahu mahunya nak pergi juga sebab saya rasa kosong di sini.
Saya nak bawa diri saya nak lupakan semuanya sejujurnya saya tak boleh terima penceraian ini sebab saya terlalu sayangkan dia tapi sapa kita menidakkan ujian ini.
Poksu pokngah izinkan dengan berat hati. Dalam masa 8 bulan selepas iddah saya kerja keras kumpul duit saya buat passport dan apply visa. Alhamdulillah visa saya lulus 24 jam saya beli tiket dan saya nekad saya akan kesana.
Nanti sambung ye penatttt hahahahaha..
Nanti saya sambung cerita perjalanaan ke sana dan apakah ujian saya disana.. Apakah dia datang cari saya??
– Kupukupu senja (Bukan nama sebenar)
BACA: Ini punca Selangor tarik balik tauliah mengajar Ustaz Don Daniyal