Assalamualaikum semua.. Haiiii, panggil je saya adik.. Kenapa adik? Sebab saya anak bongsu dari 10 orang adik beradik.
Yeaaaa, memang tak salah baca. Memang 10 orang semuanya seibu dan sebapa..
Apa yang saya nak kongsikan dengan pembaca hanyalah cerita santai-santai ajerrrrr, cerita yang merilexkan otak kita dari berfikir.
Sebab saya tau, hidup kita dah cukup serabut dah sekarangkan.. Hahahahahaha..
Okey, berbalik kepada kisah saya dan adik beradik. Saya ada 3 orang abang dan 6 orang kakak.
Ohh yeaaaa, saya kehilangan ayah waktu saya masih lagi di sekolah rendah..
Jadi hidup saya kebanyakkannya membesar dengan adik beradik disebabkan ibu saya sibuk bekerja mencari duit untuk besarkan kami sekeluarga..
Jadi disebabkan itulah hubungan kami adik beradik rapat. Alhamdulillah..
Sedar tak sedar kami dah ada kehidupan masing2.. Ia secara tak langsung bermakna arwah ayah pun dah lama dah laaa kan meninggalnya. Jadi disinilah kisahnya bermula.. Hahahahahaha
Saya gelarkan akak saya yang nombor 4 dengan gelaran “Kak Yah” dan akak saya yang nombor 5 dengan gelaran “Kak Pah”..
Okey kita sambung, Kak Yah ni ada masalah rumahtangga, jadi berpisahlah dia dengan lakinya dan anak-anak terpaksa di letakkan kat kampung dulu sementara nak stabilkan hidupnya kembali.
Jadi disebabkan dia bekerja jauh dari kampung halaman kami, dia akan ulang alik 2 minggu sekali untuk balik “Spendtime” dengan anak-anaknya.
Saya kena bagitahu semua ni dulu, tak nak bagi awak semua tak faham cerita saya nanti. Sabar ehhh.. Heheeh..
Suatu hari tu, hari raya tau. Jadi waktu tu alhamdulillah 10 orang adik beradik dapat berkumpul dan beraya bersama-sama tahun tu.
Selesai solat raya, yang lain semua terus ke kubur arwah ayah. Cuma tinggal saya dengan kakyah dengan anak – anak je terlewat sikit disebabkan singgah banyak tempat dulu sebelum sampai ke kubur…
Sampai je kiteorang kat kawasan kubur, adik beradik kiteorang dah gerak balik. Nasib baik terjumpa dengan anak buah saya, anak Kak Pah yang yang start motor nak balik dari kubur.
“Kakak dengan adik dah nak balik ke? Dah ziarah dah arwah tok ayah?” -Ciksue
“Dah Ciksue” – jawab dorang.
“Oklah balik laaa dulu. Ciksue dengan Mami masuk ziarah kubur arwah tok ayah kejap. Hati-hati naik motor tu” – Mami tu merujuk kepada Kak Yah tau. Tu gelaran anak buah untuk dia.
Saya follow Kak Yah dari belakang. Masuk je pintu depan kawasan kubur, Kak Yah saya berhenti. Saya tanya kenapa berhenti. Terus dia jawab,
“Ni laaa kubur arwah ayah” sambil bagitahu sambil terus hampar tikar dan dalam posisi nak duduk dah.
“Betul ke ni Kak Yah ni kubur arwah ayah? Bukan ke kubur arwah ayah kat belakang-belakang sikit ke? Bukan kat depan macam ni kan. Ni kat depan pintu sangat ni. Bukan ni Kak Yah. “
“Ehhh betullah ni, ni kubur arwah ayah. Kak Yah memang selalu datang. Kan Kak Yah selalu balik”
Saya takde idea nak bantah sebab saya tau sy hanya balik kampung setahun sekali. Jangan salah sangka tau, bukan tak nak balik. Tapi faktor kerja yang jauhhhhhhhhhh.. Huhuu..
Nak tak nak saya diam ajelah. Saya fikir saya yang silap. Dia yang selalu ziarah 2 minggu skali tak kan silap nak banding kan dengan saya yang setahun sekali ni..
Maka duduklah kami bersila sebelah kubur arwah ayah. Start baca yassin, akak saya tu dah nangis-nangis. Baca yassin sambil usap-usap batu nisan arwah. Saya tengok akak saya nangis. Saya pun nangis laaa sekali.. Huhuuu.. Syahdu sangat rasa waktu tu..
Tiba-tiba datang anak buah saya yang saya terjumpa kat depan pintu kubur tadi tu kan, yang anak Kak Pah tu kan. .
“Mami, Ciksue kenapa nangis kat kubur orang ni?”
Saya yang tengah baca yassin ni yang tengah nangis ni tiba-tiba berhenti. Terkejut.
Sambung dorang lagi “Ni bukan kubur tok ayah, ni kubur orang lain. Kat belakang sana tu kubur tok ayah”
Kak Yah saya dengan muka tak bersalah dia tuu terus diaaa bangun pakai selipar, lipat tikar terus pindah ke kubur yang sebenar.
Saya dan anak-anak buah yang ikut je dia dari belakang. Pastu dia sambung balik nangis kat situ. Dia cakap “Takpe dik, kubur mana-mana pun takpe. Tetap sampai jugak kat arwah ayah”
Nak cover malu laaaaa tuuu..
Hahahahahaha..
Ni saya malas percaya kat dia ni. Dia banyak kelentong! Hahahahahaha..
Tak pasal-pasal duk nangis kubur orang. Dah macam cerita P.Ramli tu dah.. Apa dah eh tajuk dia tu, ibu mertuaku kan. Haaaa cenggituh laaa kiteorang nangis. Dah siap panggil ayah, ayah dah. Yang bezanya scene kiteorang dengan kassim selamat tu, kiteorg dah hampar tikar elok dah.
Bila tau tu bukan kubur arwah ayah, terus bangun lipat tikar pastu pegi hampar balik kat kubur yang sebenarnya. Saya tak tau nak sambung nangis balik ke nak gelak dengan akak saya ni!
Selesai semua tu saya tanya anak buah saya..
“Kenapa kakak dengan adik datang balik?”
“Nenek suh datang tengok Mami dengan Ciksue sebab lama sangat kat kubur”
Haaaaa, mananye tak lamaaaa kakak adik oiiii, Ciksue dengan Mami dah nangis-nangis dah kat kubur orang tadi..
Tapi tu laa kan nak bagitahu hati mak-mak ni kan. Dia macam tau tau je kan anak dia tersalah kubur.. Huhuuuuu
Balik rumah tu, anak buah sy terus bagitahu nenek diaaa yang kiteorang tersalah kubur. Terukkkkkk oiiii kiteorang kena bahan. Sampai sekarang walaupun dah hampir 10 tahun kejadian tu, tiap kali raya mesti akan terungkit cerita tuu..
Aduhaiii, bertabahlah..
Selepas peristiwa tu, sampai sekarang saya dah hati-hati dah nak percaya Kak Yah! Takut akuhhhh. Hahahahahaha.
– Adik (Bukan nama sebenar)
baca: Disebalik kemegahan, ramai tak tahu ada 4 negara hadapi krisis kewangan lepas anjur Olimpik