Bukan tempat letak tangan, ini fungsi sebenar pemegang dalam kereta dicipta

Oleh ISMAIL YAHYA

Ada yang menggunakan pemegang di atas pintu kereta sebagai tempat menggantung pakaian,

manakala ada juga yang menjadikannya tempat berpaut ketika kenderaan sedang bergerak laju atau dalam keadaan tidak stabil.

Namun, pemegang ini sebenarnya direka dengan tujuan tertentu.

Menurut Mental Floss, pemegang tersebut biasanya diperlukan sebagai sokongan ketika menaiki atau menuruni kenderaan yang lebih besar tanpa perlu melompat keluar.

Bagi kenderaan yang lebih kecil, pemegang ini berfungsi untuk membantu golongan kurang upaya, warga emas,

Bukan tempat letak tangan, ini fungsi sebenar pemegang dalam kereta dicipta

dan wanita hamil mendapatkan sokongan ketika masuk atau keluar dari kenderaan.

Ketika Ford Motor Company mencipta van mini Mercury Monterey pada awal 2000-an, salah seorang jurutera mereka, Jared Glaspell,

menggunakan simulator kehamilan untuk menghasilkan kenderaan yang lebih selesa bagi mereka yang bakal menimang cahaya mata.

“Saya menjadi lebih peka tentang kedudukan panel kawalan.

Saya ingin lebih banyak pemegang untuk berpaut ketika masuk dan keluar dari kenderaan,” katanya dalam temubual dengan The Detroit News pada Mei 2003.

Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa tiada pemegang di siling bahagian tempat duduk pemandu?

Portal tersebut menjelaskan bahawa fungsi itu boleh didapati pada stereng yang sering digunakan sebagai tempat berpaut.

Selain itu, penggunaan pemegang di siling boleh mendorong pemandu memandu dengan sebelah tangan sambil memegang pemaut tersebut, yang mungkin menimbulkan risiko keselamatan.

BACA: Disebalik kemegahan, ramai tak tahu ada 4 negara hadapi krisis kewangan lepas anjur Olimpik