Shuk didakwa suka jaja cerita buruk isteri dalam ‘group’, ini respon tuan badan

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Pelawak kontroversi, Shuk Sahar kembali menjadi topik perbincangan hangat selepas isterinya iaitu Fara Salleh membuat pengakuan mahu bercerai di laman media sosial.

Fara mendakwa sudah hilang sabar dengan sikap Shuk dan sahabatnya yang gemar menjaja cerita tentang keburukan pasangan masing-masing di kumpulan sembang.

Katanya, Shuk tidak pernah berubah walaupun sudah banyak kali berbincang hingga kesihatan mentalnya terganggu berikutan tiada tempat untuk meluahkan perasaan.

Sehubungan dengan itu, Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar

Dia tampil mempertahankan dirinya menerusi satu hantaran di platform Instagram.

Shuk didakwa suka jaja cerita buruk isteri dalam ‘group’, ini respon tuan badan

Bekas penyampai radio itu menafikan kenyataan dikongsi isterinya dengan mengakui tidak pernah bercerita buruk terutama mengenai orang lain di sepanjang hidupnya.

“Seumur hidup, aku tak pernah bercerita buruk tentang orang (lain). Harap orang boleh guna akal dan fikiran untuk menilai,” tulis Shuk Sahar menerusi hantaran di Instastory.

Terdahulu, Fara memuat naik beberapa hantaran yang memberi gambaran mengenai pergolakan di dalam rumah tangganya menerusi platform media sosial iaitu Thread.

Sementara itu, sahabat kepada Shuk Sahar yang dikenali sebagai Raje Ridzuan Khai turut tampil memberikan sokongan dengan menafikan dakwaan dilemparkan Fara di Instastory.

Ridzuan memaklumkan sebagai sahabat, dia tidak pernah mendengar cerita buruk tentang Fara yang keluar dari mulut suaminya sepanjang mereka berdua berkenalan.

Sebaliknya, Ridzuan mendakwa Fara adalah individu yang menjaja cerita buruk mengenai suaminya di laman media sosial selain turut berkongsi insiden sebenar berlaku antara mereka.

“Punca nak cerainya hal kecil sahaja. Dia (Fara) tuduh kawan suami menganjingnya ketika dia lalu (di tapak meniaga). Kami ini meniaga, normal kalau jerit-jerit nak panggil orang. Boleh pula kata menganjing dia.

“Apa yang menganjingnya Puan F? Tapak kuda yang kami jerit itu barang kau juga. Cakap terima kasih pun tiada bila orang tolong jual. Siap kau tuduh suami ‘backup’ kawan. Bila? Kau malukan suami depan orang adalah,” tulis Ridzuan.

Untuk rekod, Fara dan Shuk mendirikan rumah tangga pada November 2023 selepas pelawak itu bercerai dengan bekas isterinya iaitu Rossa Serra pada 22 Mac tahun sama.

Hasil perkahwinan terdahulu, Shuk telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 8, dan Nur Assyifatu Aimi yang kini berusia lima tahun.

Baca juga: ‘Dah duduk sebumbung baru tahu perangai mak mertua, kena masak dari pagi sampai malam baru dikira isteri dari syurga’