Daun durian belanda boleh legakan sakit pinggang dan buasir, ini cara pembuatannya

Oleh ZULQARNAIN ISMAIL

Pokok durian belanda merupakan sejenis tumbuhan yang berasal dari benua Amerika Selatan dan dipercayai dibawa masuk ke Malaysia pada zaman penjajahan Barat.

Memiliki kulit yang berduri lembut, tumbuhan ini juga dikatakan mampu memberikan banyak manfaat kepada tubuh badan manusia terutamanya dari aspek kesihatan.

Berdasarkan satu hantaran tular oleh pemilik akaun Facebook bernama Leha Yusuf, terdapat lebih kurang tujuh khasiat yang terkandung di dalam daun buah ini.

“Buah durian belanda memang sedap rasanya, masam-masam manis gitu.

Buah pun banyak khasiat juga. Tetapi manfaat daripada daun ini baru sahaja Kak Ya ketahui.

Daun durian belanda boleh legakan sakit pinggang dan buasir, ini cara pembuatannya

“Meh baca tujuh khasiat dan petua guna daun durian belanda. Bolehlah cuba minum kepada sesiapa yang ada masalah. Tetapi ubat doktor jangan tinggal ya,” tulisnya.

1. Mengurangkan risiko penyakit kanser

Petik kira-kira 10 helai daun yang sudah tua. Kemudian, rebuskan dengan tiga gelas air yang bersih.

Tunggu sehingga rebusan daun mendidih sehingga menjadi segelas air sahaja.

Minum air rebusan daun ini sebanyak dua kali sehari dalam tempoh dua minggu atau sehingga penyakit kanser yang menjangkiti pesakit semakin sembuh.
2. Melegakan sakit pinggang

Petik 20 helai daun durian belanda sebelum direbus dengan lima gelas sukatan air.

Biarkan air rebusan sehingga mendidih dan tinggal dalam tiga gelas sahaja.

Kemudian, air rebusan boleh diminum sekali sehari dalam kuantiti tiga per empat gelas.

Amalkan sehingga sakit pinggang anda merasa lega atau sembuh.

3. Bantu meningkatkan sistem imunisasi tubuh

Petik lima helai daun durian belanda sebelum direbus di dalam empat gelas air.

Biarkan mendidih sehingga air rebusan kering di dalam kuantiti segelas sahaja.

Air rebusan daun ini boleh diamalkan dengan meminumnya sekali dalam sehari untuk meningkatkan daya ketahanan tubuh badan atau imunisasi.
4. Mengurangkan risiko penyakit diabetis atau kencing manis

Petik sebanyak 20 helai daun durian belanda sebelum direbus dalam sukatan empat gelas air.

Masak sehingga air rebusan mendidih dan biarkan ia kering dalam sukatan segelas.

Minum air rebusan daun durian belanda ini sehingga kadar gula dalam darah anda betul-betul stabil.

5. Bantu menurunkan tekanan darah tinggi

Darah tinggi atau hipertensi boleh menjadi salah satu punca penyakit strok di mana ia diakibatkan oleh aliran darah ke dalam otak yang terganggu atau berkurangan.

Jika anda menghidap tanda-tanda penyakit itu, segeralah minum air rebusan daun durian belanda kerana dijangkakan boleh membantu menstabilkan tekanan darah.

6. Melegakan sembelit atau buasir

Petik 10 helai daun durian belanda tua dan rebuskannya di dalam tiga gelas air.

Didihkan air rebusan daun sehingga tinggal menjadi segelas sahaja.

Tunggu air rebusan suam sebelum diamalkan meminumnya sekali sehari sehingga penyakit buasir lega atau sembuh.

7. Mengurangkan risiko sakit urat atau saraf

Petik 10 helai daun durian belanda yang sudah tua tetapi pastikan warnanya masih hijau pekat dan sihat.

Cuci bersih sebelum merebus daun tersebut dengan sukatan dua gelas air.

Masak sehingga air rebusan mendidih dan biarkan ia kering menjadi segelas.

Air rebusan boleh diminum dua kali sehari iaitu pagi dan petang untuk mendapatkan khasiat sepenuhnya.

Baca juga: ‘Duduklah kami bersila sebelah kubur ayah, start baca Yassin, akak tu dah menangis-nangis, rupanya dia tersalah kubur!’