Suami Hanis Zalikha dapat hadiah raket Olimpik daripada Lee Zii Jia

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Selebriti tempatan, Hairul Azreen, menerima hadiah istimewa berupa raket badminton daripada pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024, Lee Zii Jia, semalam.

Raket dari jenama Victor tersebut digunakan oleh Lee Zii Jia semasa berlawan di Olimpik

Hairul berhasrat untuk membingkaikan raket itu sebagai hadiah yang paling bermakna.

Dalam video yang dimuat naik di Instagram Story, Hairul bertanya kepada Lee,

“Ini raket, bila pakai?”

Suami Hanis Zalikha dapat hadiah raket Olimpik daripada Lee Zii Jia

Lee menjawab, “Ini raket pingat gangsa. Ada dua, tapi ini salah satu. Memang sah.”

Hairul kemudian menyatakan, “Ini, framelah (bingkai).”

Selain raket, Lee Zii Jia juga menghadiahkan bulu tangkis bertuliskan Paris 2024 kepada anak perempuan Hairul, Alisa Aisyah.

Pemain berusia 26 tahun itu menyifatkan pingat gangsa di Olimpik Paris 2024 mempunyai nilai yang luar biasa baginya.

“Pingat gangsa ini tidak mungkin menjadi realiti tanpa cinta saya pada Malaysia, dan saya juga berterima kasih kepada penaja saya seperti Victor, LG Malaysia, dan 100 Plus.

“Kepercayaan yang mereka berikan melalui pelaburan wang ringgit untuk merealisasikan impian saya memberi makna besar dan memotivasi saya untuk terus berusaha.

“Terima kasih juga kepada mereka yang pernah menaja saya serta Universiti Malaya yang menyediakan kemudahan untuk meningkatkan prestasi saya. Kejayaan ini saya kongsi bersama anda semua.

“Juga kepada warga Malaysia dan penyokong saya di seluruh dunia, terima kasih kerana memberikan sokongan fizikal, mental, dan emosi yang diperlukan untuk saya terus berjuang sebagai seorang profesional.

“Iltizam saya adalah untuk menjadikan impian pingat emas Olimpik pertama Malaysia menjadi kenyataan. Saya akan terus bekerja keras dengan doa dan sokongan anda semua,” tulisnya di laman Instagram.

BACA: Doktor saran pempengaruh PN buat pemeriksaan mental