“Bukan aku kahwin dengan kau ya, Encik Iqram”

Oleh ZULAIKHA ABBAS

Isteri kepada pelawak Shuk Sahar, Fara Salleh, telah mengeluarkan peringatan kepada pelakon Iqram Dinzly agar tidak campur tangan dalam urusan rumah tangganya.

Amaran terbuka itu diluahkan selepas Iqram, yang nama sebenarnya Mohammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, 42,

tampil mempertahankan Shuk dan meminta netizen agar tidak mempercayai sebelah pihak sahaja.

“Bukan aku yang kahwin dengan kau, Encik Iqram. Untuk Iqram! Jauhkan diri.

Apa pun kemarahan kau, kau tak ada hak untuk campur tangan,” ujarnya.

"Bukan aku kahwin dengan kau ya, Encik Iqram"

Sebelum ini, melalui perkongsian di Instagram, pelakon drama Mentari Jingga itu berharap orang ramai tidak percaya sepenuhnya kepada kenyataan yang didedahkan oleh Fara yang dianggap mencurigakan.

Keterbukaan Fara yang memberi gambaran bahawa rumah tangganya dengan Shuk sedang menghadapi masalah, termasuk tuduhan bahawa suaminya seorang kaki perempuan, mengundang pelbagai spekulasi.

Fara, yang sebelum ini pernah menimbulkan kontroversi kerana menjalin hubungan dengan Shuk ketika pelawak tersebut masih berstatus suami orang, turut mengakui menyesal berkahwin dan telah meminta cerai.

Namun, Shuk menafikan tuduhan tersebut dan mendakwa tidak pernah memburukkan isteri di hadapan rakan-rakannya.

Dalam satu hantaran lain, Fara juga menegur seorang individu berhubung isu yang berlaku semasa mereka berniaga di Singapura.

Fara menegaskan bahawa tapak jualan di sebuah pesta makanan yang mereka sertai sebelum ini adalah milik Shuk dan seorang lagi rakan niaga. Dia bertindak menghalau individu tersebut kerana merasakan lelaki itu hanya menempel di situ.

Shuk berkahwin dengan Fara sejak November tahun lalu dan ini merupakan perkahwinan kedua buat pelawak tersebut. Sebelum ini, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossa Sera namun bercerai pada 22 Mac 2023.

BACA: Wanita kerja ‘gomen’ pening fikir hutang rumah suami suruh isteri jaga anak je tapi dalam masa yang sama