Chen Meng dijangka menerima bonus berjumlah AS$525,000 (RM2.32 juta)
Pemenang pingat emas ping pong wanita, Cheng Meng, mendahului ganjaran wang tunai dalam kalangan atlet China
Di Olimpik Paris 2024 dengan menerima bonus yang sangat lumayan, termasuk emas seberat 6 kilogram, lapor laman berita VNExpress hari ini.
Menurut akhbar China Business Daily, Chen Meng dijangka menerima bonus berjumlah AS$525,000 (RM2.32 juta)
sebagai ganjaran kerana memenangi dua pingat emas dalam kategori perseorangan wanita dan acara berpasukan wanita ping pong.
Sebahagian besar bonus tersebut diberikan oleh taikun hartanah, Guo Bin, yang merupakan suami kepada pemenang pingat emas Olimpik Athens 2004, Wang Nan.
Menjelang final acara perseorangan wanita di Paris, Guo Bin telah mengeluarkan kenyataan menjanjikan 6 kilogram emas kepada pemenang.
Chen Meng menewaskan rakan senegaranya, Sun Yingsha, dalam perlawanan final tersebut.