Kenaikan gaji 15%, ini jadual mudah faham kenaikan gaji penjawat awam

Oleh ZULAIKHA ABBAS

Penjawat awam menerima berita gembira apabila kerajaan mengumumkan skim kenaikan gaji terbesar dalam sejarah, yang akan dinikmati oleh mereka.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kenaikan gaji ini akan dilaksanakan dalam dua kumpulan penjawat awam.

Kumpulan pelaksana serta pegawai pengurusan dan profesional akan menerima kenaikan gaji sebanyak 15 peratus,

manakala kumpulan pengurusan tertinggi akan menikmati kenaikan sebanyak tujuh peratus.

Simulasi kenaikan gaji penjawat awam:

Kenaikan gaji 15%, ini jadual mudah faham kenaikan gaji penjawat awam
Kenaikan ini akan dilaksanakan dalam dua fasa, iaitu Fasa 1 pada 1 Disember 2024 dan Fasa 2 pada 1 Januari 2026

. Dalam Fasa 1, kumpulan pelaksana serta pegawai pengurusan dan profesional akan mendapat kenaikan lapan peratus, sementara Fasa 2 akan menambah lagi tujuh peratus.

Bagi kumpulan pengurusan tertinggi, mereka akan menerima kenaikan empat peratus dalam Fasa 1, dan tiga peratus lagi dalam Fasa 2.

Simulasi pendapatan bulanan:

Perdana Menteri juga memberikan contoh simulasi pendapatan bulanan yang akan diterima penjawat awam berdasarkan beberapa gred jawatan.

Sebagai contoh, Pembantu Hidupan Liar Gred G11 yang kini menerima gaji RM1,796, akan mendapat RM2,115 selepas Fasa 1 pada Disember 2024, dan RM2,327 selepas Fasa 2 pada Januari 2026.

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41(T5) yang bergaji RM3,838 pula akan menerima RM4,085.04 selepas Fasa 1, dan RM4,559.24 selepas Fasa 2.

BACA: ‘Aku hidang makanan untuk keluarga mertua, sementara aku bawa anak mandi, bila turun je, tengok semua habis licin tak tinggal sikit pun!’