‘Aku nampak kereta aku tepi tasik tapi takde orang, tiba-tiba kereta sebelah bergerak keluar laju, rupanya isteri aku dalam kereta tu!’

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Assalamulaikum. Aku Diesel, seorang businessman yang berjaya pada usia 30-an. Isteri aku, aku namakan Apple sebaya dengan aku

Dan dia ialah pegawai di dalam sektor perkhidmatan awam. Tahun ini ialah tahun ke-9 kami berkahwin.

Isteri aku boleh dik4takan seorang yang cantik dan menarik. Dia seorang yang berdikari dan mempunyai perwatakan yang mempunyai ‘aura’ tersendiri.

Ketika awal perkahwinan, walaupun kami dua – dua mempunyai kerjaya yang baik tetapi aku dan Apple tetap struggle soal kewangan.

Apple mempunyai hutang personal loan dari ketika mula bekerja untuk menampung keluarganya di kampung.

'Aku nampak kereta aku tepi tasik tapi takde orang, tiba-tiba kereta sebelah bergerak keluar laju, rupanya isteri aku dalam kereta tu!'

Pada waktu ini, aku berusaha sedaya upaya untuk menolong dan menjadikan perkahwinan kami berjaya dan tidak bermasalah. Kami mempunyai anak perempuan berusia 5 tahun ketika ini.

Pada 4 tahun lepas, Apple telah ditaw4rkan untuk bekerja di luar negara (England, London) oleh jabatannya. Ketika itu, aku masih bekerja di sebuah syarik4t oil and gas berpangkalan di Singapura.

Ketika Apple memberitahu yang dia diberi peluang untuk bekerja di sana, dia berharap aku akan mengikutinya ke sana untuk menjaga anak kami dan tidak dapat berjauhan dengan aku dan anak.

Ketika itu juga, aku baru sahaja ditaw4rkan kerja ke Kanada dan selepas difikirkan yang Apple akan susah jika menguruskan anak kami seorang diri, aku memutuskan untuk mengikutinya ke sana. Semuanya indah ketika kami berada di sana.

Tiba – tiba kovit melanda dan kami bertiga terp4ksa isolasi di rumah dan di sinilah cerita semuanya bermula. Apple perlu bekerja di rumah dan aku macam biasa menguruskan rumah tangga kami dengan sebaik mungkin.

Pada suatu hari, ketika aku masuk ke bilik di mana dia selalu membuat kerja pejabatnya, aku terlihat ada conversation whatsapp yang tidak ditutup di laptopnya. Aku dengan niat untuk menutup laptopnya dengan tidak sengaja terbaca perkataan ‘sweetheart’.

‘Sweatheart, buat apa harini?’ Aku terus menutup laptopnya dan berdiri. Aku sebenarnya tidak dapat berkata apa – apa dan hanya terk3jut seperti disambar elektrik.

Aku cuba untuk bertenang dan buka balik laptop Apple untuk melihat adakah betol conversation whatsapp yang telah aku baca sebentar tadi.

‘Sweatheart, buat apa harini?’ ‘I miss you’ What the f***! , Dalam hatiku berkata. Ketika ini, kovit masih berleluasa dan di England khususnya, kes kem4tian bertambah dari hari kehari dan travel restriction kepada semua penduduk di London.

Aku masih ingat untuk menaiki Circle Line dari rumah aku ke Sainsbury untuk membeli groceries pun amatlah susah. Kembali kepada conversation whatsapp Apple dan … (aku namakannya Orange). Aku memanggil Apple dan dengan tenangnya aku bertanya kepadanya,

‘Awak dah tak sayang saya lagi ke?’ Die menjawab ‘kenapa tanya soalan macam ni? Saya sibuk lah’ ‘Lain kali jika dah sayang – sayang, sweatheart – sweatheart dalam whatsapp kat laptop , tolonglah padam, baru tak kantoi’

Dia pun menangis. Apa aku buat sampai dia menangis? Aku faham, aku ini siapa. Sebab ketika mereka – mereka ini bekerja, semua berpakaian handsome dan kemas. Mereka mempunyai standard yang tinggi dan aku hanyalah orang kampung yang sebelum ini brand seperti ‘Micheal Kors’ pun tak kenal.

Kembali kepada kejadian Whatsapp. Dia mula – mula menangis dan selepas itu memarahi aku kenapa melihat conversation dalam laptopnya, aku hanya memberitahu aku hanya ingin simpankan laptopnya yang terbuka selepas dia seharian bekerja.

Apple selepas itu memeIuk aku dan memberitahu, dia tidak sengaja melayan lelaki itu yang ‘suka’ padanya. By the way, Orange yang dimaksudkan telah berkahwin. Selepas drama air mata Apple dan anak kami bertanya kenapa aku meninggi suara kepada ‘mummy’nya.

Untuk pengetahuan, aku tidak pernah meninggi suara, marah, buat perkara – perkara yang tidak diingini dan lain – lain kepada Apple sepanjang kami berkenalan dan berkahwin. Dalam keadaan di atas pun, aku masih tenang dan bertanya, adakah Apple masih sayang kepada aku, aku perIukan penjelasan supaya, aku dapat membuat keputusan yang lebih baik dimasa akan datang untuk keluarga kami.

Sambil menangis Apple meminta maaf dan bersungguh – sungguh untuk aku maafkannya. Dan… Aku maafkan.. Apple berjanji perkara ini tidak akan berulang lagi. Kami menghadapi kehidupan seperti perkara di atas tidak berlaku.

Nota kaki : Kehidupan s3ksuaI kami hanya biasa – biasa kerana Apple selalu letih dan dia mempunyai pandangan sepatutnya kami hanya akan bersama ketika dua – dua mempunyai rasa keinginan bersama. Selepas 3 tahun kami merantau ke London, Apple diberi ‘posting order’ untuk kembali ke negara tercinta.

Kami berpakat dan bekerjasama dalam menyelesaikan tugas masing – masing untuk pulang ke Malaysia. Selepas dua bulan di Malaysia. Aku mempunyai skills yang baik sebelum aku berangkat ke London, dan bos – bos aku yang sebelum ini dah bertanya bila aku akan pulang ke Malaysia untuk aku ditaw4rkan kerja.

Alhamdulilah, aku terus bekerja dalam dua minggu aku di Malaysia. Pada suatu hari, aku menerima panggiIan dari salah seorang rakan aku. ‘Bro, aku nampak kereta kau kat situ.. Jom la lepak’ Aku ketika itu berada di rumah, baru sahaja lepas online discussion dengan vendor aku.

Untuk pengetahuan umum, anak aku dijaga oleh pembantu rumah aku yang aku khaskan supaya Apple tidak dibebani kerja – kerja rumah. Semua perbelanjaan seisi rumah di tanggung oleh aku dan Apple tidak perlu bayar apa – apa berkaitan rumahtangga.

Kembali kepada perkara kawan aku ternampak kereta aku di tepi tasik di kawasan Kuala Lumpur. Aku dengan pantas ke sana untuk melihat adakah Apple perIukan apa – apa bantuan kerana waktu itu, Apple memberitahu yang dia akan bekerja sehingga lewat malam.

Setelah aku sampai ke tepi tasik, aku cuba lihat di dalam kereta tetapi tiada orang. Tiba – tiba, terdapat sebiji kereta berw4rna gelap dan mempunyai cermin gelap yang di parking sebeIah kereta aku bergerak dengan pantas dan meninggaIkan tempat letak kereta sebeIah tasik itu.

Aku pun ‘call’ Apple dan tidak diangkat. Firasat aku memberitahu yang Apple berada di dalam kereta yang berlalu pergi itu. Aku menelefon berkali – kali dan tidak diangkat. Aku terus pulang ke rumah dan ketika itu juga aku telah menghantar mesej ke telefonya bahawa aku tahu dia berada di dalam kereta tadi kerana aku mempunya application ‘Find my phone’ by Apple dan kami memang linkkan telefon kami.

Sesudah aku sampai ke rumah, lebih dari 30 minit perkara tadi terjadi, Apple menelefon aku kembali dan menyatakan kenapa menelefonya. Apple masih tidak mahu mengaku yang dia berada di dalam kereta tadi. Aku hanya bertanya sekali lagi,

‘Itu kereta lelaki itu kan?’ Apple mula menangis dan bercerita yang sebenarnya memang di dalam kereta hitam yang gelap itu tadi ialah dirinya dan lelaki itu. Setelah mereka ternampak aku keluar dan cuba menghala ke kereta mereka, lelaki tadi terus memulakan kereta dan bergerak ke tempat lain.

Apple memberitahu yang mereka sedang berbincang tentang macamana mereka hendak bekerja bersama kerana aku telah mengetahui hubungan mereka dan ingin mengelakkan salah faham dari pihak aku. Apple menyatakan bahawa mereka terp4ksa bekerja bersama kerana mereka berada di department yang sama.

Aku terdiam. Sebenarnya dalam diri aku hanya memikirkan adakah aku terlalu naif untuk mempercayai cerita Apple ini, atau memang Apple menceritakan perkara yang betul kepada aku. Ketika ini, anak aku dijaga oleh pembantu rumah kami di bawah.

Aku dengan itu terus mengambil kunci kereta dan mencari tempat di mana aku boleh berfikir dengan rasional. Di sini, aku ingin bertanya kepada semua, macamana pandangan semua tentang keadaan aku sekarang, perIukah aku percaya apa yang diceritakan Apple atau aku perlu mencari jawapan yang lebih tepat. – DIESEL (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Aini Mohamad : Encik ada duit lebih.. encik upah orang siasat. Ini kali ke 2. Yang encik tahu.. Yang encik tak tahu adalah sejauh mana. Dah dapat bukti, buat keputusan. Jangan lemah dengan tangisan atau janji baru dia.

Pandangan: jangan simpan pasangan yang terbukti curang. Simpan bukti – bukti untuk digunakan di mahkamah. Isteri nusyuz. Sukar dapat hak hadanah anak. All the best untuk encik dan anak.

Siti Abdullah : Dapatkan bukti, lepaskanlah. Manusia kufur nikmat dan bermaksi4t tanpa rasa takut ni elok buang dari hidup encik. You deserve better.

Sayang dan hormat diri sendiri lebih dari sayang dan berharap dekat makhluk. Jangan bagi orang pijak dan gunakan kita sesuka hati mereka. Minta tolong Allah sungguh – sungguh. Good luck.

BACA: Ingatkan untuk letak wayar je, rupanya ini fungsi sebenar lubang dekat meja pejabat