Rupanya ini punca penceraian Ira Kazar dan Syamsul Yusof buat ramai terkejut

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

“Benar, Syamsul telah memfailkan perceraian terhadap Ira pada petang tadi (Isnin),” kata Azmi.

Pelakon dan pengarah filem, Syamsul Yusof, telah memfailkan perceraian terhadap isterinya, Ira Kazar, pada hari Isnin.

Pengesahan mengenai perkara ini dibuat oleh peguam syarie yang mewakili Syamsul, Azmi Rais, menurut laporan Mstar.

Jelas Azmi, Syamsul atau Mohd Syamsul Mohd Yusof, 40, mengambil keputusan tersebut kerana mereka sudah tidak lagi mempunyai persefahaman dalam perkahwinan mereka.

“Sudah tiada persefahaman dalam perkahwinan mereka,” katanya ringkas.

Rupanya ini punca penceraian Ira Kazar dan Syamsul Yusof buat ramai terkejut

Untuk rekod, Syamsul dan Ira, yang nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin, berkahwin pada 6 Januari 2023 di Selatan Thailand.

Perkahwinan itu disahkan oleh Syamsul melalui sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Januari tahun lalu.

Syamsul sebelum ini pernah berkahwin dengan Puteri Sarah pada 8 Mac 2014. Namun, perkahwinan sembilan tahun mereka berakhir dengan perceraian apabila Syamsul melafazkan talak satu pada 14 Jun 2023.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Syaikhul Islam, 7 tahun, dan Sumayyah, 5 tahun.

BACA: ‘Jangan gatal tangan tekan’ Ini fungsi sebenar butang ini pada kereta