Boleh buat aduan ‘direct’, MBSJ perkenal talian Whatsapp setiap jabatan

Oleh ISMAIL YAHYA

Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) telah melancarkan Talian WhatsApp Jabatan

untuk memudahkan penduduk bandar raya tersebut membuat pertanyaan dan aduan secara terus.

MBSJ dalam satu hantaran di laman Facebooknya memaklumkan bahawa perkhidmatan ini bermula

pada Isnin dan beroperasi pada hari dan waktu pejabat, dari jam 8 pagi hingga 5 petang.

“Bermula 19 Ogos, komuniti bandar raya dan orang ramai boleh menghubungi jabatan-jabatan dalaman MBSJ

Boleh buat aduan 'direct', MBSJ perkenal talian Whatsapp setiap jabatan

secara terus melalui aplikasi WhatsApp pada nombor yang tertera di visual,” menurut hantaran di laman media sosial itu pada Isnin.

MBSJ menyediakan sebanyak 21 talian termasuk Jabatan Kejuruteraan (019 6457833), Jabatan Landskap (019 263 7823), Jabatan Bangunan (019 219 7833), dan Jabatan Hasil (019 325 7823).

MBSJ perkenal Talian WhatsApp Jabatan bermula Isnin - Sinar Harian

Selain itu, MBSJ turut berkongsi info grafik dengan senarai penuh jabatan dan nombor talian WhatsApp jabatan-jabatan dalaman di laman Facebook rasmi mereka.

BACA: ‘Jangan gatal tangan tekan’ Ini fungsi sebenar butang ini pada kereta