Setiap orang pasti mempunyai impian untuk menjadi kaya-raya bagi memenuhi segala keperluan dan kehendak hidup.
Di Malaysia, sering kali kita mengaitkan kejayaan kewangan dengan individu berbangsa Cina.
Namun, mengumpul dan mengekalkan kekayaan bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi ia tidak mustahil.
Baru-baru ini, seorang wanita bernama Kakwa Lina berkongsi di Facebook mengenai lima rahsia kejayaan dan kekayaan orang Cina.
Bantu Adik-Beradik
Lina menceritakan tentang sepupunya yang merupakan anak sulung dalam keluarga sebagai contoh. Menurut Lina, sepupunya berkongsi rahsia kejayaan dengan membangunkan perniagaan bersama tiga adik-beradiknya dalam bidang berkaitan kereta.
Ini disebabkan budaya orang Cina yang tidak mahu melihat adik-beradik hidup susah, sementara mereka sendiri hidup dalam kesenangan.
Hasilnya, semua adik-beradik sepupunya berjaya menjadi jutawan dengan membuka tiga jenis perniagaan iaitu bengkel kereta, servis pendingin hawa, dan kedai aksesori serta ubah suai kenderaan.
Kembangkan Harta Sedia Ada
Orang Cina yang memiliki wang ratusan ribu ringgit biasanya tidak menggunakan wang tersebut untuk berpoligami. Mereka lebih memilih untuk membeli rumah atau hartanah berharga RM100,000 sebagai pelaburan jangka panjang.
Dengan membina portfolio hartanah, keuntungan dapat menjadi dua kali ganda dalam masa 10 tahun.
Membeli rumah dan membuat simpanan adalah salah satu bentuk pelaburan bagi orang Cina. Tidak menghairankan jika golongan dewasa lebih memilih untuk tinggal bersama ibu bapa daripada tinggal di rumah sendiri.
Mereka menggunakan lebihan wang untuk membeli rumah dan menyewakannya, atau membina pasar raya yang lebih menguntungkan.
Perebutan harta dalam keluarga Cina jarang berlaku kerana mereka lebih memilih untuk berpakat dan mengembangkan harta dengan membuka perniagaan keluarga.
Gembira atas Kejayaan Orang Lain
Kita sering melihat kedai baru milik orang Cina yang dihias dengan jambangan bunga dan ucapan tahniah. Ini adalah tanda sokongan dan kegembiraan mereka terhadap kejayaan ahli keluarga atau rakan-rakan dalam perniagaan, serta sebagai tanda bahawa ibu bapa mereka tidak akan hidup dalam kesusahan.
Lina menjelaskan bahawa tiada keperluan untuk berhasad dengki kerana kita sendiri menyaksikan betapa susahnya mereka membina perniagaan. Kaum Cina lebih cenderung memberi sokongan dengan membeli atau menggunakan perkhidmatan dari sesama mereka.
Simpan Dahulu Sebelum Belanja
Duit yang dimiliki lebih baik disimpan dalam Simpanan Tetap, unit trust, dan bank. Ini bertujuan supaya kita hanya menggunakan keuntungan daripada pelaburan.
Menurut Lina, jika ingin membeli sesuatu, tangguhkan keinginan tersebut sehingga hujung bulan. Jika terdapat lebihan, barulah gunakan wang tersebut untuk membeli barang yang diingini.
Lina juga menyebut bahawa orang Melayu lebih beruntung dalam pelaburan kerana mereka boleh menyimpan dalam Amanah Saham Bumiputra (ASB).
Tak Suka Berhutang
Orang Cina tidak suka berhutang untuk membeli barang seperti telefon pintar, peti sejuk, atau perabot. Sebaliknya, mereka lebih suka mengumpul wang dan ‘menahan nafsu’ terlebih dahulu untuk membeli kehendak secara tunai tanpa faedah
. Biasanya, mereka hanya berhutang untuk membeli rumah dan kereta tetapi cuba melangsaikannya segera untuk mendapatkan rebat.
Memandangkan nilai kereta susut dengan cepat, mereka lebih memilih untuk membeli kenderaan daripada jenama seperti Honda dan Toyota yang memerlukan kos servis yang rendah.
Walau bagaimanapun, ada juga golongan Cina yang membeli kereta mewah tetapi melangsaikan hutang dengan segera untuk mengurangkan cukai pendapatan.
BACA: Bask Bear ‘ejek’ depan-depan restoran McDonald Bukit Bintang tarik perhatian ramai