“Ada duit lebih sikit mesti nak beli barang kereta, aku yang isteri tak merasa nafkah”

Oleh GEMILANGDAILY

Berpada-pada dalam menghabiskan wang terhadap satu hobi, tidak kisahlah mahal atau murah, sebolehnya tetapkan had.

Ini tidak bila ada duit gaji lebih, habiskan pada hobi dan biarkan keluarga terumbang-ambing mencari duit lebih.

Baik lelaki mahupun perempuan pastinya ada sahaja hobi yang boleh menhabiskan wang dalam sekelip mata.

Seorang wanita sudah tidak tahan dengan sikap suami yang terlalu melebihkan kenderaan hingga menyuruhnya meminta bantuan daripada ahli keluarga lain.

Di bawah adalah kisah yang diambil dari Facebook Kisah Rumah Tangga.

“Ada duit lebih sikit mesti nak beli barang kereta, aku yang isteri tak merasa nafkah"

Saya seorang wanita yang sudah berkahwin, anak tiga orang dan yang paling kecil baru berumur 10 bulan.

Penat sangat dengan suami, duit nafkah susah nak bagi, saya pula menjual secara atas talian sahaja.

Kalau ada duit lebih dan di saat tu suami kehabisan gaji, saya akan keluarkan apa yang boleh untuk beli barang basah nak bagi anak beranak makan.

Kalau saya tak bantu, saya terfikir nak makan apa dekat rumah nanti. Sejak kahwin selama lapan tahun ini rasa macam saya duduk seorang diri sahaja.

Kalau ada duit lebih, bukannya nak belikan apa-apa untuk keluarga, sibuk nak beli barang kereta dia sahaja.

Masa sambutan hari jadi, bukan setakat hadiah, ucapan pun tak diberi, nak ucap terima kasih dekat saya, jangan harap.

Ada masa tu saya perlu guna duit jadi saya minta tolong dia pinjam dengan adik beradik dia yang lain.

Boleh pula dia jawab suruh saya pinjam dekat adik beradik saya yang dah kerja, faham kalau minta dekat adik memang pasti mereka akan bagi tapi sampai bila nak susahkan satu pihak.

Ayah saya tu, apa sahaja suami minta dia tolong, mesti ayah akan buat, buat saya terasa sangat bila dia suruh minta sahaja dekat adik beradik.

Saya tak kisah pun kalau dia tak minta tolong adik beradik dia tapi tak perlu nak sindir sedangkan tanggungjawab dia menyediakan keperluan keluarga.

Kesabaran manusia ni ada hadnya, tak pernah sekalipun saya minta dia belikan barang, bila saya minta macam inilah, sindirian yang diberikan.

Baca juga: ‘Sampai sekarang nak pergi jalan-jalan pun suami dipersoal ada pula duit tapi nak pergi umrah tak boleh belanja mak ayah’